Sherie Merlis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sherie Merlis
Remove ads

Sherie Merlis (Jawi: شريفة سعادة بنت زين العابدين; lahir Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin; 23 Oktober 1972) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau banyak bergiat aktif di televisyen dan filem dan pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Filem Asia.[2][3][4]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Dilahirkan di Sibu, Sarawak, Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainal Abidin bin Tuanku Habib Kassim dan Raden Aini binti Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, Indonesia dan berketurunan Cina dari Yunnan, China. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.

Remove ads

Kerjaya

Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di Kuala Lumpur.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1990 menerusi filem Part-Time dan sejak itu beliau terus aktif berlakon dalam televisyen dan filem.[5] Pada tahun 2014, Sherie membuat penampilan teater pertama dengan muncul dalam pementasan teater Surat Sabariah yang berlangsung di KLPac dengan memegang watak sebagai Sabariah.[6][7]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Sherie Merlis berkahwin sebanyak dua kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dari 1992 hingga 1997 dan dikurniakan dua anak.[8]

Pada 2 Januari 2012, Sherie berkahwin dengan penerbit muzik yang juga bekas suami Dira Abu Zahar, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.[9][10] Hasil perkahwinan mereka, dua orang cahaya mata telah dikurniakan iaitu Tengku Kaseh Anaqah, lahir pada 1 Julai 2012 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, lahir pada 21 Januari 2014.[11]

Bapanya, Wan Zainal Abidin meninggal dunia pada 1 Oktober 2021 akibat serangan jantung.[12]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads