I-Tanggang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
i-Tanggang: Mother of All Lies ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak dengan skrip oleh Wan Hasliza, Wan Alauddin dan Keen, dibintangi oleh Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila dan ramai lagi.[1] Ia merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan disiarkan di Astro Citra dari 13 September 2021 sehingga 29 November 2021.[2][3][4]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay (Danish Hazriq), kanak-kanak penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma (Sherie Merlis), ibu kepada Khay merupakan seorang pemengaruh media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya mempunyai masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat (Faizal Hussein), bapa kepada Khay dan Doktor Nini (Sofia Jane), salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E atau Esra (Emma Sofea) dan CapeqRyder atau Syafiq (Nadhir Nasar) dan menubuhkan kumpulan sembang bernama i-Tanggang.
Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila dia terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerja sebagai penghantar makanan bagi menyara hidup mereka sekeluarga terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Remove ads
Pelakon
- Sherie Merlis sebagai Erma[2][5]
- Faizal Hussein sebagai Rahmat[2]
- Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan / Khay[2]
- Nadhir Nasar sebagai Syafiq Hambali[2][6]
- Emma Sofea sebagai Esra[2][7]
- Sofia Jane sebagai Dr. Nini Harlina[2][8]
- Andy Teh sebagai Dr. Norman Arif[2]
- Yuyun Hikmah sebagai Syuhada[2][9]
- Emelda Rosmila sebagai Alyah[2]
- Wan Raja sebagai Hadi Zainal / Eddie[2]
- Zarina Zainuddin sebagai Ummi Yus[2]
- Rashidi Ishak sebagai Azlan[2]
- Rashid Salleh sebagai Salleh[2]
- Syean Mokhtar sebagai Hambali[2]
- Rosdeen Suboh sebagai Haris[2]
- Aiman Badrul sebagai Khalil Rayyan kecil / Khay kecil[2][10]
- Amanda Misbun sebagai Sherry[2]
- Rahim Razali sebagai Hakim Mahkamah Tinggi[2]
- Haeriyanto Hassan sebagai IO Arshad[2]
- Pushpa Narayan sebagai IO Linda[2]
- Shah Kimin sebagai IO Rosli
- Zul Huzaimy sebagai Pendakwa Raya[2]
- Nadine Eniahani sebagai Sarah[2]
- Syed Muhammad Baqir sebagai Saadiq[2]
- Alessandra Alyssa sebagai Sakinah[2]
- Azlan Komeng sebagai IO Harry[2]
- Intan Nor Saina sebagai Emcee
Remove ads
Episod
Penerbitan
Pengarah dan penerbit i-Tanggang Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata mengenai drama ini: "i-Tanggang [ialah] sebuah drama berat yang menekankan penderaan kepada seorang anak oleh seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen Syndrome by Proxy. Bukan itu sahaja, ia juga fokus kepada konsep ‘derhaka’. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut. Banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan atau kekhianatan seseorang".[11] Isu sosial yang diketengahkan dalam i-Tanggang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada UMCares sebagai Pusat Komuniti dan Kelestarian dibawah naungan Universiti Malaya (UM).[11]
Remove ads
Siaran
i-Tanggang memulakan tayangan perdana pada 13 September 2021 dengan episod pertama siri ini ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam. Manakala, untuk minggu-minggu seterusnya, episod seterusnya akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Isnin, jam 9.00 malam.[11]
Runut bunyi
- "Gelap" - Satwo
- "Cahaya Malam" - Satwo
- "Bukan Mainan" - Rashidi Ishak
Anugerah
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads