Nenek Bongkok Tiga

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nenek Bongkok Tiga ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2023 arahan Yusry Abdul Halim dan dicipta oleh Azhar Amirulhisyam. Dibintangi oleh Hun Haqeem, Meerqeen, Sherie Merlis, Sofia Jane, Sara Ali, dan Syafie Naswip, siri ini memulakan tayangan perdana di Viu dari 9 Februari 2023 sehingga 30 Mac 2023 dengan 2 episod ditayangkan setiap Khamis.[1] Siri ini merupakan salah satu siri drama web terbaik di tahun 2023 yang merangkul lima anugerah utama di Asian Academy Creative Awards, di antaranya termasuklah kategori Best Original Production by a Streamer/OTT dan Best VFX.[2]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Sinopsis

Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali.

Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti.

Remove ads

Pelakon

Kameo
  • Zainal Ariffin Ismail sebagai Hos TV
Remove ads

Penerbitan

Nenek Bongkok Tiga diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022. Ia diarahkan oleh Yusry Abdul Halim yang sebelum ini pernah mengarahkan Ganjil dan She Was Pretty dan merupakan kisah seram melibatkan unsur ghaib yang telahpun menjadi bualan ramai di media sosial. Siri ini diterbitkan Zurina Ramli di bawah syarikatnya, Independent Pictures yang pernah menerbitkan She Was Pretty dan Black Musim Ke-2 untuk Viu. Siri ini juga dicipta oleh Azhar Amirulhisyam yang pernah menulis beberapa siri di Viu seperti Ganjil dan Seribu Nina.[5] Penggambaran dijalankan selama 55 hari.[6]

Dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023, Nenek Bongkok Tiga diangkat sebagai pemenang nasional (Malaysia) bagi 5 anugerah, kemenangan terbesar antara semua karya dari Malaysia.

Anugerah dan Pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Keluaran

Nenek Bongkok Tiga memulakan siaran serentak di Viu dan Astro Ria bermula 9 Februari 2023 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[9]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads