Orang Siam Malaysia

etnik di Malaysia yang berketurunan Thai From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Siam Malaysia adalah istilah yang merujuk kepada orang Malaysia beretnik Thai.[2] Secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai Bumiputera dan diberikan kedudukan serupa dengan kaum Melayu, Orang Asli, Kadazan-Dusun, Iban dan Portugis Melaka.[3][4][5]

Fakta Segera Kawasan ramai penduduk, Bahasa ...
Remove ads

Agama

Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha aliran Theravada.[6] Tempat sembahyang mereka digelar Wat. Setiap Wat mempunyai beberapa sami mentadbirnya.

Budaya

Kebanyakan orang Siam Malaysia mengadakan hidup mirip dengan orang Melayu dan orang Cina. Ini adalah terbukti khususnya di kalangan orang Siam Kelantan. Seorang tidak dapat membezakan seorang Melayu atau Siam jika mereka tidak didengari bahasa mereka sendiri. Satu-satunya tanda berlainan di kalangan mereka adalah agama dan bahasa. Selain itu orang Siam Malaysia adalah seperti Melayu oleh kerana mereka menutur loghat Melayu tempatan yang fasih.

Orang Siam Malaysia sangat neurtal, dalam pergaulan, fizikal mereka mirip antara orang Cina dan orang Melayu.

Orang Siam Malaysia sering mendapat naungan dari kerajaan-kerajaan negeri untuk kebaikan masyarakat mereka. Sering, kuil-kuil diberikan dana murah hati dari kerajaan negeri.[7]

Remove ads

Permasalahan

Orang Siam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti tidak diiktiraf sebagai Bumiputera walaupun sudah menetap dan lahir di negara ini untuk beberapa generasi. Akhirnya pada tahun 2022[8], seramai 8,910 orang keturunan Siam mendapat taraf Bumiputera akibat kesalahan teknikal oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Ini berlaku apabila seseorang dikategorikan bangsa sebagai Siam, sistem JPN akan otomatik melabel mereka sebagai bukan rakyat di Malaysia.

Isu lain seperti masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan di kalangan bangsa Siam juga adalah tinggi. Akibat dari permasalahan ini, peratusan orang Siam di Malaysia yang menerima biasiswa dan melanjutkan pelajaran ke universiti juga adalah rendah.

Statistik

  • Pada 2000, statistik negara memetik 50,211 individu etnik Thai di Malaysia. Di kalangan ini, 38,353 (atau 76.4% dari mereka) memegang warga negara Malaysia.[9]

Orang Siam Malaysia terkemuka

Remove ads

Rujukan

Pautan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads