Sipitang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sipitangmap
Remove ads

Sipitang merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Sipitang, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Sipitang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Sipitang. Sipitang juga merupakan laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu. Jarak pekan Sipitang ke Long Pasia123km salah satu pusat destinasi pelancongan di Sabah.

Fakta Segera Transkripsi lain, Negara ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Pejabat Majlis Daerah Sipitang

Sebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).[1] Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.[2]

Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.[3] Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.[4] Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.[5].

Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).

Remove ads

Demografi

Etnik

Jumlah penduduk sekitar Sipitang

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Maklumat lanjut Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010, Tahun ...
Maklumat lanjut Etnik di Sipitang - Bancian 2010 ...

Jantina

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Maklumat lanjut Jantina, Tahun ...
Thumb
Masjid Haji Hassim (Masjid Daerah Sipitang)
Remove ads

Pendidikan

Prauniversiti

  • Pusat Tingkatan Enam
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin

Sekolah Menengah


Kawasan pilihan raya

Maklumat lanjut Parlimen, Ahli Parlimen ...
Maklumat lanjut DUN, Ahli Dewan Undangan Negeri ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads