Sivarraajh Chandran

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Senator Dato' Sivarraajh Chandran (DSC) (lahir 16 September 1976) adalah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Yang di-Pertuan Agong selama sepenggal (2023-2026).

Fakta Segera Yang Berhormat Senator Dato'C. SivarraajhDIMP (Pah), Ahli Dewan Negara ...
Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Beliau dilahirkan pada 16 September 1976 di Lumut, Perak dan membesar di Ipoh, Perak dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Sivarrajh memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Hons) [1] daripada Universiti Malaya dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana dalam Sains Politik (Kajian Impak Dasar Model Ekonomi Baru) di Universiti Sains Malaysia. Kepakaran dalam bidang ekonomi membantu beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, beliau dapat memahami impak kehidupan yang serba kekurangan dalam memenuhi keperluan harian. Ayahnya Chandran Nagalingam merupakan seorang bekas pekerja Am di Telekom Malaysia manakala ibunya Chandra Kaniappan seorang suri rumah dan mempunyai dua orang adik-beradik yang bernama Sri Ganesh dan Khayathry. Sivarraajh berkahwin dengan Malathi Annamalai dan mempunyai tiga orang cahaya mata, mereka adalah Vassanthraaj, Sivashini dan Tivhashinee.

Remove ads

Politik

Penglibatan politik beliau bermula pada tahun 2004 sebagai ahli Malaysian Indian Congress (MIC). Kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung pemuda MIC pada tahun 2008 hingga 2013. [2] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Sivarraajh telah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Perak, tetapi tewas kepada calon DAP Sivasubramaniam A/L Athinarayanan. [3] [4]

Seterusnya, dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan dan merangkap Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional dari tahun 2013 sehingga sekarang.[5] Sivarraajh juga merupakan salah seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Perdana Menteri Malaysia selama 3 tahun. [6]

Selain daripada itu, awal 2017 Sivarraajh diberi mandat untuk menjadi Penyelaras Parlimen Cameron Highlands untuk memahami dan memeta keperluan masyarakat untuk membolehkan peruntukan sumber yang strategik dan kini berfungsi dari Pejabat (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen) Tanah Rata, Cameron Highlands. [7] [8]

MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC)

Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Sivarraajh telah menubuhkan MIC Youth Disaster Aid Centre (MYDAC) pada tahun 2014 untuk membolehkan penyediaan & tindakan diambil dengan lebih teratur dan terancang untuk membantu mangsa bencana alam pada bila-bila masa. [9]

Malaysian Indian Youth Consultative Council (MIYCC)

Beliau juga telah mengasaskan dan menyadang jawatan penasihat kepada Malaysian Indian Youth Consultative Council/Majlis Perundingan Belia India Malaysia (MIYCC) sejak 2014 hingga kini. MIYCC membabitkan individu dari pelbagai latar belakang yang menjadi ikon kepada masyarakat India dengan penglibatan, kepakaran, pengalaman dan kejayaan dalam bidang yang diceburi yang menjadi badan rujukan, rundingan, penasihatan, cadangan, bimbingan dan kerjasama Pemuda MIC Kebangsaan ke arah memperkasakan masa depan belia India di Malaysia. [10] Majlis ini dianggotai oleh ikon-ikon masyarakat India seperti Datuk Dr. Jeyaindran (Timbalan Ketua Pengarah, Kesihatan), Dato' Param (Bekas DCP, PDRM), Datuk Bhupat Rai (Ahli Lembaga Pengarah, Bank Antarabangsa India), En. Ravindran Devagunam (Pengarah, PEMANDU), Profesor Sivamurugan Pandian (USM), Dato’ CM Vignaesvaran (Ketua Eksekutif, PSMB), dan lima orang lagi. Beliau berjaya melancarkan Pelan Tindakan Belia India Malaysia dibawah MIYCC pada bulan Oktober 2016 selaras dengan inisiatif Perdana Menteri untuk merangka Pelan Tindakan Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint). [11]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 9 Mei 2018 lalu. Namun, kemenangan beliau telah dibatalkan pada 30 November 2018 oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi.[12]

Penghargaan

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato'

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads