Palanivel Govindasamy

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berbahagia Datuk Seri Palanivel Govindasamy (Tamil: பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; (lahir 1 Mac 1949 17 Jun 2025) atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel atau Palani adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan ahli dan pernah berkhidmat sebagai Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN), dari Disember 2010 hingga Jun 2013.[1]. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari Mei 2013 hingga Julai 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Ogos 2011 hingga Mei 2013, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Timbalan Menteri Kebajikan dan Pembangunan Keluarga[2]. Beliau merupakan seorang Senator dari Mei 2010 hingga Mei 2013, Ahli Parlimen (MP) bagi Cameron Highlands dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan Hulu Selangor dari Oktober 1990 hingga Mac 2008.

Fakta Segera Presiden ke-8 Kongres India Malaysia (MIC), Timbalan ...
Remove ads

Kehidupan

Palanivel dilahirkan di Pulau Pinang pada 1 Mac 1949. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1972, dengan pengkhususan dalam bidang Sejarah. Pada awal kerjayanya, beliau menjadi guru di Institut Goon di Kuala Lumpur dan kemudian di Maktab Adabi di Kuantan. Pada tahun yang sama beliau tamat pengajian, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha Cawangan Petaling Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti politik yang merupakan sebahagian daripada gabungan pemerintah. Beliau telah bersama parti tersebut sejak tahun 1968.

Beliau kemudian menjadi pembantu penyelidik di Muzium Negara. Pada tahun 1974, beliau kembali ke Pulau Pinang untuk menyertai Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), di mana beliau meningkat ke jawatan pengarah eksekutif. Kerjaya beliau seterusnya membawa beliau ke Bernama sebagai wartawan pada tahun 1977, dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai editor berita ekonomi. Dalam tempoh ini juga, beliau telah dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Kerja Raya, yang ketika itu merupakan Presiden MIC. Perlantikan ini menjadi titik tolak penting dalam kerjaya politik beliau. Palanivel juga pernah terlibat dalam sektor korporat sebagai penasihat perniagaan kepada Sports Toto dan sebagai ahli lembaga pengarah Telekom Malaysia.

Isterinya Datin Kanagam dan mereka mempunyai 4 anak. Anak sulung beliau menjadi doktor, anak kedua menjadi arkitek dan dua lagi masih belajar. Mereka tinggal di rumah teres dua tingkat di Taman Melawati,Kuala Lumpur.[3]

Remove ads

Kerjaya Politik

Pada Jun 2006, Palanivel, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden MIC, melangkah ke era baharu kepimpinan tertinggi MIC apabila beliau menewaskan penyandang selama 27 tahun, Dato' Subramaniam Sinniah, untuk menjadi Timbalan Presiden MIC yang baharu. Beliau mengekalkan jawatannya dalam pemilihan MIC yang berakhir pada 12 September 2009..[4] Palanivel telah dilantik sebagai Presiden MIC bagi menggantikan Samy Vellu pada 6 Disember 2010.

Sebelum itu, Palanivel memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dari tahun 1999 hingga Mac 2008, apabila beliau gagal mempertahankan kerusi parlimennya dalam pilihan raya umum 2008, lantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada 3 Mei 2010, Palanivel dilantik sebagai Senator di Dewan Negara. Palanivel kembali menyandang jawatan dalam kabinet persekutuan apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam rombakan kecil kabinet pada 4 Jun 2010.

Pada 6 Disember 2010, beliau secara rasmi dilantik sebagai Presiden ke-8 MIC, menggantikan Samy Vellu yang telah memegang jawatan tersebut selama 31 tahun. Pada 5 Mei 2013, Palanivel memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia.. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada 3 Julai 2013, Palanivel menyatakan bahawa MIC menentang rang undang-undang kontroversi yang membenarkan penukaran agama secara sebelah pihak bagi kanak-kanak bawah umur 18 tahun kepada Islam. Pada 5 Julai 2013, beliau mengulas, *"Ia adalah langkah yang wajar dengan mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak dan kumpulan. MIC masih berpegang kepada pendirian bahawa *persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk penukaran agama anak-anak kepada Islam," selepas rang undang-undang kontroversi tersebut ditarik balik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...
Remove ads

Anugerah dan Pingat Kebesaran

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads