Soloz
Penggiat YouTube Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Faris Zakaria (lahir 15 Mei 1993) juga dikenali sebagai Soloz merupakan pemain profesional permainan video Mobile Legends: Bang Bang dan Honor of King serta penstrim yang termasyhur di Malaysia. Populariti beliau meningkat apabila beliau menjadi antara pemain Malaysia terawal yang bermain MLBB bersama rakan-rakannya.
Soloz ialah salah satu pemain esports paling berjaya di Asia Tenggara sepanjang masa.[1][2][3] Dia juga digelar oleh ramai pemain esports lain sebagai "Maharaja Soloz".[4]
Remove ads
Karier kerjaya
2016-2019: Penubuhan Mobile Legends: Bang Bang dan SEA Games Filipina 2019
Mobile Legends: Bang Bang ialah sebuah permainan video yang dikeluarkan pada September 2016 oleh Moonton. Dia bersama ahli pasukannya ketika itu Mysterious Assassin (MyA) iaitu King, Zyzz, Sh4dow, 2ez4jepv telah beraksi bersama sejak tahun 2016. Soloz pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP ketika bersama MyA.[5]
Pada tahun 2018, Soloz menyertai AirAsia Saiyan yang ketika itu Fredo menjadi kapten skuad. Sepanjang bersama AirAsia Saiyan,Soloz juga pernah memenangi kejohanan Gegaria Fest Putrajaya[6] menentang MyA yang mana mereka membawa pulang RM5,000.[7] Pada bulan Oktober, bersama Rush, Penjahat, HawkEye, Gripex, Logan dan kapten skuad, Soloz menyertai Team Bosskurr pada bulan Oktober. Bersama kelab baharunya, Soloz dipilih sebagai kapten.
Bersama dengan Bosskurr, Soloz berjaya memenangi Todak Fest.[8] Dalam perlawanan best of 1 tersebut, kelab memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Populariti Soloz semakin naik dan dia dipilih untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA Filipina 2019 sebagai atlet e-sukan MLBB. Pada kejohanan besar itu ia berjaya membawa pulang pingat gangsa. Soloz menerima kekalahan dari sang tuan rumah, Filipina di pusingan separuh akhir.[9]
2020-2024: Penubuhan Team Vamos
Beliau mendapat perhatian netizen apabila membeli sebuah kereta Ford Mustang pada Februari 2020 dengan hanya berpendapatan bermain permainan video.[10] Perhatian tersebut mendapat lebih tinggi apabila beliau memakai selipar ketika mengambil kereta itu.[11][12][13]
Pada Januari 2022, beliau menerima kurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P. J. K.) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-74 hasil sumbangan beliau kepada e-sukan Malaysia.[14][15]
Pada Julai 2024, beliau membeli slot pasukan King Empire di MPL MY[16] yang diusahakan oleh Muhammad "KingShah" Shafiq dan Amirul Mukmimin "KingYonnyz" Zahri dibubarkan[17] dengan menamakan pasukan tersebut sebagai Team Vamos. Pasukan beliau mencuri perhatian apabila menandatangani hampir kesemua bekas pemain dari pasukan HomeBois ciptaan Nureddy "Daddyhood" Nursal.[16][18] Ini disusuli dengan kemenangan beliau sebagai penstirm terbaik pada tahun 2024 di MLBB Awards 2024.[19]
2025–kini:Pembuatan Filem dan Projek Baharu
Pada 26 Mac 2024, Moonton mengumumkan projek baharu mereka yang bertajuk, Soloz: Game of Life. Filem itu akan menceritakan kehidupan muda Muhammad Faris Zaikal (Soloz) dibintangi oleh Hun Haqeem yang akan melakonkannya, Ikmal Amry dan Jaa Suzuran.[20][21]
Hun Haqeem mengatakan dalam temu ramah “Saya sering berjumpa dengan Soloz, menghabiskan masa dengan dia. Dalam 3 hari bertukar cerita, pengalaman dan sifat-sifatnya. Dekat set pun saya ada rasakan rakan yang mempunyai hal yang sama".[22]
Remove ads
Dalam budaya popular
Kisah kehidupan beliau sebagai pemain e-sukan MLBB telah diterbitkan oleh Rahila Ali dan diarahkan oleh Syafiq Yusof. Filem yang bertajuk Game of Life dengan Hun Haqeem memegang tanggungjawab berlakon sebagai beliau serta disokong oleh Ikmal Amry sebagai pemain dari Singapura, Jihaa Sham, Jaa Suzuran, Hafeez Mikail, Fauzi Nawawi dan lainnya.[23][24] Filem tersebut diterbitkan oleh Key Billions dengan kerjasama Moonton yang diumumkan pada bulan Mac 2024.[25][26] Filem itu telah tayang pada 23 Januari 2025 dan mendapat sambutan yang sangat positif dengan animasi 3D profesional.[27][28]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Soloz mengumumkan bahawa beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihannnya, Maryam Jamilah Rahim pada Jun 2020.[29] Pada 21 Mac 2023, akaun Facebook rasmi beliau dengan 2.6 juta pengikut telah digodam oleh pihak tidak dikenali.[30]
Anugerah
Negeri Sembilan
- Malaysia Book of Records
- Jumlah pengikut terbanyak di Facebook (kategori E-sukan) - 2020[31]
- MLBB Awards
- Penstrim terbaik - 2024[19]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads