Stesen Kajang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen Kajang
Remove ads

Stesen Kereta Api Kajang merupakan stesen keretapi dan Transit Aliran Massa (MRT) yang terletak di Kajang, Selangor. Stesen ini merupakan stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Seremban dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan MRT Kajang.[4][5] Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan.

Fakta Segera KB06 KG35 Kajangكاجڠ‎, Nama lain ...

Stesen bersepadu dibuka pada 17 Julai 2017 seiring dengan pembukaan fasa kedua Laluan Kajang. Stesen ini merupakan terminus dan stesen akhir Laluan Kajang.

Remove ads

Sejarah

KTM

Stesen keretapi Kajang dibuka pada 14 Ogos 1897 apabila sebahagian laluan kereta api utama, KTM Laluan Pantai Barat diantara Sungei Besi dan Kajang dibuka.[6]

Pada dekad 1990-an, stesen ini menjalani pengubahsuaian yang menjadikan stesen ini sebahagian daripada perkhidmatan KTM Komuter bermula November 1995. Laluan ETS mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2008 selepas perasmian laluan ETS Seremban-KL-Ipoh.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, perkhidmatan ETS ditamatkan di stesen ini beberapa tahun sebelum dikembalikan semula pada tahun 2015.[perlu rujukan]

Projek MRT Lembah Klang

Apabila pembinaan projek MRT Lembah Klang bermula pada tahun 2010, stesen MRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan MRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Bahagian MRT dan ruang legar bersama stesen, yang sebahagiannya berada diatas landasan KTM, telah dibina ketika stesen KTM beroperasi seperti biasa sepanjang waktu pembinaan. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan fasa kedua Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai 2017.[7] Apabila stesen bersepadu ini selesai dibina dan dibuka, struktur lama stesen KTM dirobohkan, Kaunter tiket KTM dan pejabat lain telah dipindahkan ke ruang legar bagunan baharu tersebut.

Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen Kajang terletak kira-kira 1km selatan dari pekan Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Jalan Bukit manakala di sebelah barat stesen adalah Jalan Reko. Terletak berhampiran stesen ini adalah Taman Sri Reko, Taman Hijau, Taman Bukit, Taman Kajang Jaya, Taman Mahkota, Taman Jelita, SMK Jalan Bukit, Kuil Sri Subramaniya Swami dan Masjid India Kajang.

Pelan stesen

L2
Platform
Arah Selatan 9 Laluan Kajang berakhir di stesen ini, keluar sahaja
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Stadium Kajang)
L1 Aras Legar Umum Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, sambungan tidak berbayar KTM dengan MRT dan laluan pejalan kaki ke tempat letak kereta Akses OKU
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KTM Arah Selatan 1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin menghala ke Pulau Sebang/Tampin (Kajang 2)
 ETS  ETS Gold menghala ke Gemas (Seremban)
Landasan pintasan
KTM Arah Utara 1 Laluan Batu Caves–Pulau Sebang/Tampin menghala ke Batu Caves (Serdang)
 ETS  ETS Gold menghala ke Padang Besar atau Butterworth (Bandar Tasik Selatan)
Platform tengah, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
Platform tengah, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di bahagian ini
Landasan tidak digunakan
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform MRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar MRT untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang; satu platform tengah dan satu platform sisi di bawah aras legar umum untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah bangunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 1,180 petak parkir kereta dan 252 petak parkir motosikal.[9]

Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan MRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan Bas

Laluan bas Rapid KL Korridor Cheras 450, T451, T461, T462, T463 dan T464 berkhidmat di stesen ini.

Maklumat lanjut Laluan, Asalan ...

Pintu stesen

Terdapat dua pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Kajang. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan kedua-dua pintu masuk dan keluar berada di kedua-dua sisi trek stesen KTM, dengan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke jalan umum untuk stesen KTM dan MRT. Perkhidmatan bas pengantara hanya beroperasi di Pintu A bertempatkan di Jalan Reko. Kedudukan Pintu A stesen terletak di barat stesen berdekatan dengan Kuil Sri Subramaniya Swami dan Taman Hijau manakala kedudukan Pintu B stesen terletak di timur stesen berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit Satu, Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit dan bangunan parkir bertingkat.[11]

Maklumat lanjut Pintu, Lokasi ...
Remove ads

Galeri

Am

Stesen MRT

KTM

Lihat Juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads