Suhaimi Saad

penyanyi nasyid Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohd Suhaimi Saad (12 Oktober 1980 – 15 November 2023) merupakan seorang bekas penyanyi nasyid Malaysia. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan In-Team dari 2000 sehingga 2005. Pada tahun 2005, beliau meninggalkan In-Team untuk kembali bernaung di bawah label Hijjaz Records dan sejak itu, beliau telah bergerak di bawah pengurusan sendiri iaitu Karya Mosus. Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz serta merta.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Beliau dilahirkan pada hari Ahad 12 Oktober 1980 bersamaan 2 Zulhijjah 1400. Arwah ibunya berasal dari Kodiang manakala arwah bapanya berasal dari Tunjang, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan anak kelima daripada enam beradik.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Tementi, Triang (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1998). Beliau kemudiannya menyambung pendidikan peringkat ijazahnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab.[2]

Suhaimi merupakan pelopor dalam bidang persekolahan rumah (home schooling). Ini dapat dilihat apabila beliau nekad tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal. Sebaliknya anak anak beliau diajar membaca, menulis dan mengira dan asas Al-Quran oleh beliau sendiri di rumah sebelum menghantar mereka ke madrasah tahfiz.

Remove ads

Kerjaya nasyid

Inteam

Kerjaya solo

Sebagai penyanyi solo, Suhaimi telah menerbitkan 3 album solo.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dan isterinya dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie (2008), Sallman Elkhoyri (2010), Phyrosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014). Ina sebelum ini pernah bertunang dengan Mawi, bekas juara Akademi Fantasia Musim 3.

Kematian

Pada 15 November 2023, Suhaimi menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor akibat Jangkitan kuman pada paru-paru. Arwah sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Terdahulu beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit-birit berpanjangan. [3] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, pada jam 9 pagi tarikh 16 November 2023. [4]

Remove ads

Anugerah

Pernah memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik dan Lirik Nasyid Terbaik melalui lagu Selamat Tinggal Dunia dalam Anugerah Nasyid Minggu Ini.

Dan lagu terbaru "Cinta Sidna" dendangan Suhaimi Saad kini sedang merebut gelaran Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM-22) di samping beberapa pesaing lain yang cukup hebat. Selain daripada Cinta Sidna, Suhaimi muncul dengan single terbaru beliau, Jutawan Pemurah yang dilancarkan pada bulan Ramadhan lepas.

Remove ads

Diskografi

Album bersama Inteam

  1. Kasih Kekasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2000
  2. Impian Kasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2001
  3. Damba Kasih (In-Team) - Hijjaz Records/NAR - 2003
  4. In-Team '04 (In-Team) - Hijjaz Records/EMI - 2004
  5. Allahu Rabbi (Inteam) - Inteam Records - "2010
  6. Iman & Aman (Inteam) - Inteam Records - "2013

Album solo

  1. Kias Cinta (Solo) - 2006
  2. KalamaK (Solo) - 2008
  3. Album Zikir Selawat dan Doa (Solo) - ''2013''
  4. Maksud Hidup (Solo) - "2016"
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads