Mawi

Penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, duta, pengacara dan penyampai radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mawi
Remove ads

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketiga di Malaysia pada 2005. Kini, beliau juga banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Akademi Fantasia

Pada mulanya, beliau telah tersingkir daripada konsert prelud namun diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap lapan pelajar yang tersingkir. Mawi memulakan kemudiannya pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha Milan di minggu kedua. Mawi kemudiannya berjaya mengungguli setiap pertandingan sehingga berjaya menjadi juara pada akhirnya.

Namun begitu, perihal ini ialah satu kontroversi ketara memandangkan pemilihan juara di AF secara amnya dibuat melalui undian para penonton melalui SMS. Beliau juga turut digelar "Raja SMS" kerana sering mengungguli anugerah melalui kaedah tersebut sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.[2] Penulis Danny Lim mengaitkan fenomena ini dengan perkembangan akses telekomunikasi golongan luar bandar yang berupaya mengangkat Mawi ke arah kejuaraan disebabkan oleh identitinya sebagai orang luar bandar berbanding bakat vokalnya yang secara amnya kurang memuaskan.[3]

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, suatu fenomena Mawi telah muncul di seluruh negara.

Pascapertandingan

Dalam kira-kira tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.[perlu rujukan]

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis AF. Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.[perlu rujukan]

2010-an

Pada 2017, beliau menjadi penyampai radio di saluran radio nasyid kontemporari, Zayan.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!".

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat (Ekin) dari negeri Johor juga. Majlis pernikahan diadakan di Johor Bahru. Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.


Remove ads

Diskografi

Album studio

Album lain

Single

Akademi Fantasia 3

Maklumat lanjut Konsert, Lagu (penyanyi) ...
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Animasi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

2005

  • Juara Akademi Fantasia Musim 3
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Baru Lelaki Popular

2006

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006
    • Bintang Paling Popular
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)
  • Hits 1 (RTM1/Malaysia)
    • Lagu Terbaik 2006 - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"
  • Anugerah Juara Lagu 2005 (TV3/Malaysia)
    • Persembahan Terbaik - "Aduh Saliha"
    • Kategori Etnik Kreatif - "Aduh Saliha"
  • Anugerah Era 2006
    • Penyanyi Lelaki Popular
    • Lagu Balada Popular - "Kian"
    • Lagu Etnik Popular - "Aduh Saliha"
    • Artis SMS Digi
    • Lagu Paling Popular 2005 - "Aduh Saliha"
    • Video Klip Popular - "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (arahan Mamat Khalid)
  • Anugerah Planet Muzik 2006
    • Lagu Paling Popular - "Aduh Saliha"
    • MTV Asia Awards 2006-Artis Malaysia Pilihan

2007

2023

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023
    • Penyampai Radio Popular

2024

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024
    • Penyampai Radio Popular

2025

  • World Islamic Tourism & Trade Expo (WITEX)
    • Icon of Islamic Arts & Music
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads