Menteri Besar Johor

ketua kerajaan Johor From Wikipedia, the free encyclopedia

Menteri Besar Johor
Remove ads

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor (Jawi: منتري بسر جوهر) ialah ketua kerajaan bagi negeri Johor Darul Takzim. Menteri Besar Johor dilantik oleh Sultan Johor dalam kalangan ahli Dewan Negeri Johor yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri Johor pada hemat Sultan Johor. Menteri Besar Johor juga merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang turut dianggotai oleh ahli Dewan Negeri Johor yang lain.

Fakta Segera Johor Darul Ta'zim, Gelaran ...
Remove ads

Zaman Temenggung Tun Daeng Ibrahim

Pada tahun 1855, Temenggung Tun Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor selepas beliau dan Sultan Ali Iskandar Shah menandatangani Perjanjian Setia 1855. Beliau telah menubuhkan tiga pejabat di kediamannya iaitu Istana Bukit Aur untuk menguruskan pentadbiran Johor yang berpusat di Teluk Belanga, Singapura.[1]

Tiga pejabat tersebut ialah:

  1. Pejabat Temenggong untuk Temenggung Tun Daeng Ibrahim
  2. Pejabat Waris untuk anakanda Temenggung Tun Daeng Ibrahim iaitu Tun Abu Bakar (kemudian Sultan Abu Bakar)
  3. Pejabat Menteri (mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sama seperti Menteri Besar)[2]

Abdullah @ Encik Long Tok Muhammad Tahir yang berketurunan Bendahara Johor dan Bendahara Melaka telah dilantik menjadi Menteri kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan beliau mengetuai Pejabat Menteri.[3]

Selepas Abdullah @ Encik Long Menteri meninggal dunia, dipercayai bahawa jawatan Menteri dikosongkan. Pada zaman Sultan Abu Bakar, jawatan Menteri ditukar kepada Menteri Besar. Anak saudara kepada Abdullah @ Encik Long Menteri iaitu Dato’ Jaafar Muhammad telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor pertama pada tahun 1886.[4]

Remove ads

Senarai Menteri Besar Johor

Berikut merupakan senarai Menteri Besar Johor sejak 1886:[5][6][7]

Kunci warna (untuk parti-parti politik):
      Bebas       UMNO       Perikatan       Barisan Nasional       Pakatan Harapan

Maklumat lanjut No., Gambar ...
  1. Kolum ini hanya menamakan parti politik Menteri Besar. Kerajaan negeri yang dipimpinnya mungkin merupakan gabungan kompleks yang terdiri daripada beberapa parti politik dan bebas; itu tidak disenaraikan di sini.
Remove ads

Trivia

Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri Besar Johor pertama dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling lama iaitu selama kira-kira 33 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor iaitu Menteri Besar Johor ke-3 Dato’ Abdullah bin Jaafar, Menteri Besar Johor ke-4 Dato’ Mustapha bin Jaafar dan Menteri Besar Johor ke-7 Dato’ Onn bin Jaafar.

Dato’ Mohamed bin Mahbob ialah Menteri Besar Johor ke-2 dan ketika beliau berkhidmat dalam Jabatan Pelajaran Johor, beliau dan Mohd Khalid Abdullah Munsyi telah menguatkuasakan enakmen pelajaran yang mewajibkan ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka yang berumur 7 hingga 16 tahun ke sekolah dan mereka akan didenda sebanyak RM25.00 atau dipenjara selama tiga bulan sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Dato’ Abdul Hamid bin Yusof ialah Menteri Besar Johor ke-5 dan beliau merupakan anak saudara kepada Dato’ Jaafar Muhammad dan sepupu kepada Dato’ Abdullah Jaafar, Dato’ Mustapha Jaafar dan Dato’ Sir Onn Jaafar.

Dato' Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Majid ialah Menteri Besar Johor ke-6 dan beliau berketurunan keluarga diraja Johor di mana beliau merupakan cucu kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim, anak saudara kepada Sultan Abu Bakar ibni Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan sepupu kepada Sultan Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid dan datuk saudara kepada Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7 Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz.

Dato’ Onn bin Jaafar ialah Menteri Besar Johor ke-7 dan beliau merupakan Pengasas dan Presiden pertama UMNO.

Dato’ Wan Idris bin Wan Ibrahim ialah Menteri Besar Johor ke-9 dan beliau berketurunan Raja Temenggung Muar di mana beliau merupakan piut (great-great-grandson) kepada Raja Temenggung Muar ke-3, Temenggung Engku Burok bin Temenggung Engku Sa'Amar Diraja.

Tan Sri Hassan bin Yunus ialah Menteri Besar Johor ke-10 dan Menteri Besar Johor pertama yang dilantik melalui sistem Pilihan Raya Umum. Beliau juga merupakan Mufti Johor ke-5 dan salah seorang daripada Orang Tujuh Muar yang berjaya meyakinkan Sultan Ibrahim Al-Masyhur supaya membatalkan dan menarik balik surat perjanjian dengan pihak British untuk menubuhkan Malayan Union.

Tan Sri Othman bin Mohamed Saat ialah Menteri Besar Johor ke-11 dan beliau terlibat dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini dikenali sebagai Perbadanan Johor) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) serta perancangan Projek Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor yang dikenali sebagai Pelabuhan Pasir Gudang dan pembukaan penempatan-penempatan baru melalui Tanah Rancangan FELDA dan FELCRA di Johor.

Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin ialah Menteri Besar Johor ke-13 dan beliau merupakan bekas Menteri Besar Johor pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal ialah Menteri Besar Johor ke-17 dan beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor yang paling singkat iaitu selama 321 hari.

Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad ialah Menteri Besar Johor ke-18 dan beliau merupakan bekas Ketua Pembangkang Johor pertama yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020.

Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi ialah Menteri Besar Johor ke-19 dan beliau merupakan cicit kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan piut (great-great-grandson) kepada Dato' Jaafar bin Haji Muhammad.

Remove ads

Senarai bekas Menteri Besar Johor yang masih hidup

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan bekas Menteri Besar Johor yang pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di dewan perundangan, iaitu kerusi Dewan Rakyat Malaysia untuk Pagoh dan kerusi Dewan Negeri Johor untuk Gambir (9 Mei 2018 hingga 22 Januari 2022).

Maklumat lanjut Nama, Tempoh perkhidmatan ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads