Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Dato' Syed Jaafar Albar (Arab: سيد حامد بن سيد جعفر البار Sayyid Ḥāmid bin Sayyid Ja'far al-bār;[2][3] lahir 15 Januari 1944) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008) dan kini menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Beliau juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).[4][5][6]
Remove ads
Beliau ialah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (daripada Syed Jaafar Albar, bapanya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan daripada jemaah menteri Malaysia.
Remove ads
Kerjaya politik
Syed Hamid Albar telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi. Sebagai seorang pelajar, beliau membina sebuah kelab bagi para ekspatriat dan pelajar dari Malaysia di London. Kemudian, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1986. Dalam tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sebelum menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008.[7]
Remove ads
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Syed Hamid Syed Jaafar Albar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional/UMNO. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Tinggi, negeri Johor. Syed Hamid Bin S Jaafar Albar telah menang dengan mendapat undian sebanyak 22682.[8][9]
Calon lawan ialah Onn Jaafar daripada PAS yang mendapat 3,721 undian telah kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Bilangan undi rosak sebanyak 653.
Remove ads
PhD tentang Dr Mahathir
Pada 21 September 2014, Syed Hamid Syed Jaafar Albar menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti e Asia (AeU) di Kuala Lumpur. Tesis beliau bertajuk "Kepentingan Negara dalam Polisi Luar Malaysia: Era Mahathir (1981-2003) iaitu semasa Syed Hamid menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008). Beliau menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Tesis itu disiapkan dari 2011 hingga 2013. Walaupun Malaysia negara kecil, tapi ia berjaya menjadi 'negara kuasa tengah', idea serta peranannya diiktiraf sama ada di peringkat rantau atau antarabangsa.[10]
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti BERSATU pada 10 Ogos 2018 lalu.[11]
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads