Temuan

Kumpulan etnik peribumi Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Temuan
Remove ads

Suku Temuan merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...
Remove ads

Demografi

Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 30,000 orang di Semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang Melayu. Orang Temuan boleh ditemui di hampir setiap negeri Semenanjung Malaysia, tetapi kebanyakan mereka masih tinggal di luar bandar dan kampung pinggir bandar Selangor, Negeri Sembilan, serta [[Pahang] ]] dan Melaka. Biasanya kampung-kampung ini terdiri daripada orang Temuan. Secara tradisinya, orang Temuan adalah penduduk hutan. Namun, dengan pelaksanaan program pembangunan ekonomi, perpindahan individu masyarakat Orang Asli ke perkampungan baru selalunya berada di kawasan pinggir bandar oleh kerajaan. Di kawasan bandar, orang Temuan tinggal bersama kumpulan etnik lain.

Dinamika populasi orang Temuan di Malaysia:-

Maklumat lanjut Tahun, Populasi ...

Taburan populasi orang Temuan mengikut negeri (1996, bancian JHEOA):-[4]

Maklumat lanjut Negeri, Jumlah Orang Asli ...

Di sebalik usaha kerajaan untuk memodenkan cara hidup orang asli, Orang Asli masih merupakan penduduk terpinggir di negara ini. Kadar celik huruf dalam kalangan orang asli mencapai 43% pada tahun 1991, berbanding dengan 86% secara nasional pada masa itu. Purata jangka hayat seseorang Orang Asli ialah 53 tahun, dan kadar kemiskinan ialah 76.9%, dengan 35.2% dianggap sangat miskin ("miskin tegar").[9]

Remove ads

Sejarah

Kumpulan Proto-Melayu iaitu nenek moyang orang asli Temuan itu sendiri dipercayai tiba sekitar 2000 SM dan Menjelang abad ke-5 Masihi, golongan pribumi ini sudah pun terlibat dalam jaringan perdagangan antarabangsa. bukti bahawa semenanjung Tanah Melayu bukanlah dunia terasing, tetapi sebahagian daripada arus besar ekonomi dan budaya serantau.

Pada abad ke-11, kawasan Semenanjung berada di bawah kekuasaan kerajaan Melayu Srivijaya sebelum dikuasai oleh Majapahit pada abad ke-13. Kemunculan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 serta penerimaan Islam oleh pemerintah tempatan menandakan pembentukan asas identiti Melayu-Islam di rantau ini.

Di Negeri Sembilan, migrasi masyarakat Minangkabau dari Sumatera mendorong proses integrasi dengan penduduk setempat, termasuk Temuan dan Jakun, sehingga terbentuknya kumpulan Biduanda yang kini dikenali sebagai orang Melayu Negeri Sembilan. Pengislaman masyarakat ini mempercepatkan proses asimilasi budaya dan sosial, manakala kelompok yang menolak perubahan tersebut berundur ke kawasan pedalaman dan kekal sebagai komuniti Orang Asli.

Secara keseluruhannya, sejarah ini memperlihatkan bahawa identiti Melayu di Semenanjung Tanah Melayu terbentuk melalui proses interaksi, penyesuaian, dan perpaduan antara pelbagai kumpulan manusia sejak zaman prasejarah hingga awal zaman Islam.

Remove ads

Bahasa

Bahasa Temuan ialah bahasa sukuan bagi golongan Temuan. Bahasa ini ialah tergolong dalam bahasa-bahasa Austronesia dan agak menyerupai bahasa Melayu lazim. Secara tradisinya, bahasa Temuan ialah bahasa lisan yang tidak memiliki sebarang sistem tulisan. Sekarang, tulisan Rumi ialah tulisan lazim bagi bahasa Temuan, meskipun tiada sistem ejaan baku dan piawai yang ditubuhkan setakat kini.[10] Selain itu, kaum Temuan juga bertutur dalam bahasa Melayu.

Kebudayaan

Perayaan

Thumb
Ucapan sambutan Aik Muyang.

Hari Moyang (Aik Muyang) ialah perayaan Temuan pada Disember dan Januari sebagai menghormati golongan moyang yang memberikan kehidupan yang baik terhadap generasi kini serta menghindarkan celau ("ribut").[11] Tarikh Hari Moyang adalah berbeza bagi setiap petempatan Temuan.

Adat-adat ketika Aik Muyang termasuk ibadat mendoakan golongan moyang (sembahyang kubur) dan persembahan sajian terhadap roh moyang. Selain itu, upacara sewang, penyucian diri dan jamuan makanan tradisional Temuan juga diatur.[12]

Legenda Temuan

Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu. "Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.[13] Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang mendiami Gunung Raja.

Hantu Seburu (seperti Bigfoot dalam budaya Barat) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak boleh memahami dan berkomunikasi dalam bahasa manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian. Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Remove ads

Perubatan

Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara penyakit yang boleh diubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.

Lokasi

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads