Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Tengku Temenggong Kelantan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah bin Tengku Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III (Jawi: تڠكو تن سري داتوء حاج محمد ريزم بن تڠكو عبدالعزيز; diputerakan pada 18 Julai 1961 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan) ialah Tengku Temenggong Kelantan. Beliau merupakan saudara sepupu kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Tengku Mohamad Rizam juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Remove ads
Kehidupan awal dan pendidikan
Tengku Mohamad Rizam diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 18 Julai 1961. Beliau merupakan anakanda sulung daripada empat beradik daripada pasangan Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Almarhum Tengku Muhammad Hamzah dan Tengku Puan Sri Utama Raja Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Ayahandanya ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari 1975 hingga 1978 dan ke Belanda dari 1978 hingga 1982. Nenda Tengku Mohamad Rizam dari sebelah ayahandanya ialah Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Muhammad Hamzah bin Almarhum Tengku Zainal Abidin, Menteri Besar Kelantan ke-12 manakala nenda dari sebelah bondanya ialah Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan ke-27 dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-6. Beliau juga merupakan cucunda sulung kepada Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.[1]
Tengku Mohamad Rizam memulakan pendidikan pertama di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (I), Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Kemudian meneruskan persekolahan sehingga Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Pada usia 15 tahun, beliau kemudiannya berpindah ke St. John's Institution di Kuala Lumpur kerana mengikuti nenda beliau iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-6. Setelah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate Education (MCE) di St. John'a Institution di Kuala Lumpur, beliau menduduki A Level selama 2 tahun di Cheltenham College, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke Ohio University, Athens, Ohio, USA dan mendapat Bachelor of Business Administration (Hons) Major in Marketing pada tahun 1984. Beliau juga menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kemudian mendapat Master of Business Administration (MBA) daripada United States International University, San Diego, California, Amerika Syarikat pada tahun 1985.[2]
Remove ads
Kerjaya
Tengku Mohamad Rizam memulakan kerjaya pada tahun 1986 dalam bidang perbankan dan kemudiannya bersara pada tahun 2014 semasa beliau bertugas di RHB Islamic Bank sebagai Ketua Perbankan Teknologi dan Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank.[3][4]
Tengku Mohamad Rizam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN) pada 6 September 2014 dan dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 19 Mac 2019. Beliau juga merupakan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah mulai dari 2 Ogos 2012 hingga 1 Ogos 2021 dan berpangkat Brigadier General.
Remove ads
Sejarah lantikan
Tengku Mohamad Rizam telah dilantik sebagai Tengku Sri Jaya Raja Kelantan pada tahun 1999, disusuli dengan Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010 dan seterusnya diangkat sebagai Tengku Temenggong Kelantan pada tanggal 25 November 2013. Beliau juga merupakan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN).
Kehidupan peribadi
Pada 18 Julai 1991, Tengku Mohamad Rizam telah berkahwin dengan Tunku Noor Hayati iaitu anakanda kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Mereka dikurniakan dengan dua orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Nur Qistina Petri, Tengku Abdul Rahman Petra dan Tengku Yahya Aziz Petra.
Terasul, gelaran dan lambang
Terasul dan gelaran
- 18 Julai 1961 – 30 Mac 1999: Yang Mulia Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
- 30 Mac 1999 – 2 Jun 2010: Yang Berhormat Mulia Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Sri Jaya Raja
- 2 Jun 2010 - 25 November 2013: Yang Berhormat Mulia Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Panglima Raja Kelantan [5]
- 25 November 2013 – 9 September 2017: Yang Berhormat Mulia Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan
- 9 September 2017 - kini: Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan
Nama penuh berserta gelaran rasmi beliau ialah: Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, D.K. (Kelantan), P.S.M., S.P.M.K., S.J.M.K., P.A.T., Tengku Temenggong Kelantan
Remove ads
Penghargaan
Tengku Mohamad Rizam telah dikurniakan:
Kurniaan Kelantan
Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (DK, 2017)
Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK, 2010) membawa gelaran Dato'
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK, 1999) membawa gelaran Dato'
Pingat Jubli Perak Sultan Ismail Petra (2004)
Pingat Pemasyhuran Sultan Muhammad V (2010)
Kurniaan Persekutuan Malaysia
Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Panglima Setia Mahkota (PSM, 9 September 2017) membawa gelaran Tan Sri[6]
Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15
Kurniaan Angkatan Tentera Malaysia
Pahlawan Angkatan Tentera Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (PAT)
Isterinya, YM Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan telah dikurniakan:
Kurniaan Kelantan
Remove ads
Keturunan
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads