The Experts (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

The Experts ialah sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2024 arahan Andre Chiew dan Nazim Shah manakala lakon layar ditulis oleh Joel Soh selaku penerbit dan dikeluarkan oleh syarikat Astro Shaw, TGV Pictures, ZAK Capital dan BlackFlag. Dibintangi oleh Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana, Ray Dapdap dan Maya Karin. Filem ini ditayangkan pada 23 Mei 2024.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Farid, Rozland, Amiruddin, Khairul, Emma kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

  • Aaron Aziz sebagai Farid - Lebih dikenali sebagai Along dan merupakan perancang utama dalam rompakan keluarga.
  • Shah Reza Mohd Shah (Ray Dapdap) sebagai Rozland (Lan) - Juga dikenali sebagai Angah dan pakar dalam bidang IT.
  • Remy Ishak sebagai Amiruddin (Amer) - Pakar dalam bidang penyamaran.
  • Mimi Lana sebagai Emma - Kembar kepada Keyrol dan pakar kenderaan.
  • Syafiq Kyle sebagai Khairul (Keyrol) - Kembar kepada Emma dan pakar dalam bidang pembukaan peti besi.

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Remove ads

Penerbitan

Penggambaran

Muzik

Keluaran

Tayangan

Pemasaran

Sambutan

Kutipan pecah panggung

Ulasan kritis

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads