Tony Eusoff

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Anthony Joseph Hermas Rajiman atau lebih dikenali sebagai Tony Eusoff (lahir 3 April 1977) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang terkenal kerana penglibatannya dalam drama televisyen, teater dan filem tempatan, dan juga berpengalaman sebagai seorang penyanyi, peragawan dan pengacara.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Tony dilahirkan pada 3 April 1977 di Kuching, Sarawak berbangsa Bidayuh dan dibesarkan di Siburan.[2][3] Pada 31 Mac 2016, beliau dihadapkan di mahkamah tinggi Singapura atas kesalahan memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah di negara itu.[4][5] Beliau dipercayai memiliki paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja. Akibatnya, beliau dihukum penjara selama 8 bulan.[6][7] Beliau dibebaskan lebih awal tiga bulan daripada hukuman tersebut pada 1 Oktober.[8][9]

Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya seni lakonan pada tahun 2002, dan tampil dalam lapangan seni perfileman setahun kemudian dalam filem Gila Bola. Pada tahun 2003, beliau menjayakan peranan pembantu sebagai Adam dalam filem Di Ambang Misteri. Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Dr. Fahmi dalam filem romantik Cinta arahan Kabir Bhatia yang mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza.[10]

Tony membuat penampilan pentas teater pertamanya dengan menjayakan peranan Cikgu dalam pementasan teater Jalan Impian yang dipentaskan di KLPac pada 13 hingga 17 Julai 2005.[11] Pada 9 November 2007, beliau muncul dalam drama perundangan, Sadiq & Co. yang disiarkan di ntv7, memegang watak sebagai Ben Arthur.[12] Tony memegang watak Herman dalam filem aksi Pecah arahan Asrul Hisham Ahmad, adaptasi dari novel karya Khairulnizam Bakeri terbitan Buku FIXI. Filem ini turut dibintangi oleh Izreen Azminda dan Soffi Jikan dan ditayangkan pada 13 Jun 2013.[13]

Pada 2013 juga, beliau menjayakan peranan utama sebagai Seniman Agung P. Ramlee dalam pementasan teater P. Ramlee the Musical yang dipentaskan di Sarawak, beliau muncul kembali menerusi musim ketiga teater ini yang turut dijayakan oleh Lisa Surihani.[14]

Tony kembali menjayakan peranannya sebagai P. Ramlee dalam telefilem biopik dua bahagian, Saloma yang dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma.[15]

Beliau juga menjayakan persembahan nyanyiannya, One Love, yang berlangsung di No Black Tie dari 8 hingga 10 November 2015 bersama pelakon Nadia Aqilah Bajuri.[16]

Tony memegang watak sebagai Jack dalam filem Sindiket arahan Bade Hj. Azmi yang ditayangkan pada 6 April 2017.[17][18] Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Tony memegang watak sebagai doktor dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[19]

Beliau merupakan sebahagian daripada barisan pelakon drama online Projek Dapat Baby oleh Najwa Medispa termasuk Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Aida Khalida dan Fikry Ibrahim.[20][21] Tony turut mengusahakan perniagaan makanan snek berasaskan sosej (hotdog) sejak 2017.[22]

Tony muncul dalam drama Jibril arahan Megat Sharizal yang diterbitkan untuk platform digital oleh Viu dengan kerjasama Media Prima Berhad; memegang watak sebagai Jonathan. Pelakon lain yang terlibat termasuk Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy.[23] Selain itu, beliau juga bakal membintangi filem Orang Itu arahan Ida Nerina.[24]

Tony merupakan salah seorang dari pelakon yang menjayakan kesinambungan bagi pementasan teater Ola Bola The Musical yang dipentaskan pada 18 Februari hingga 3 Mac 2019 di Istana Budaya. Pelakon yang terlibat termasuk Luqman Hafidz, Iedil Putra, Hafeez Mikail, Douglas Lim dan Nabila Huda.[25]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Dokumentari

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads