Tokong Tian Hou Gong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tokong Tian Hou Gong atau Tien Hou Kong (Cina: 天后宮)[1] ialah sebuah tokong terletak di Jalan Balik Bukit utara Kampung Cina Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[2]
Tokong ini dinamakan sempena dewi yang disembah utama di sana iaitu Mazu, seorang pawang dari Fujian yang disembah masyarakat setempat sini.[3]
Remove ads
Sejarah
Tokong ini dibina para imigran Hainan untuk memuja Shui Wei Sheng Niang (水尾圣娘) yang dipercayai terjumpa dalam suatu bangkai kapal jong yang tersadai di pantai Terengganu.[4] Tempat ini pernah menjadi tumpuan utama keluarga yang tinggal sepanjang tebing Sungai Terengganu.[3] Ia juga menjadi pelopor Persatuan Hainan (Qiongzhou Huiguan).[4] Bangunan Tokong itu kemudiannya dibina pada tahun 1895 untuk kedua-dua penyembah dan persatuan.[4] Kebanyakan strukturnya dibina dengan bahan yang dibawa masuk dari China dengan bangunan itu siap pada tahun berikutnya.[3]
Pada tahun 2003, tanah tokong itu hampir diambil alih oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk projek pengindahan tepi pantai tetapi telah diterbalikkan berikutan bantahan besar penduduk setempat.[5][6]
Remove ads
Ciri dalaman
Tokong ini mempunyai tiga mezbah di dewan utamanya dengan dua papan roh nenek moyang yang didedikasikan untuk jiwa yang mengembara dan 108 penduduk kampung berani yang kehilangan nyawa mereka dalam suatu perang yang berlaku pasa zaman dahulu.[3] Patung dewi Mazu dan Shui Wei Sheng Niang menduduki altar tengah manakala di sebelah kanan dikhaskan kepada Guan Yu dan Fude Zhengshen.[3][6]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads