Wokou

Lanun di Asia Timur pada abad ke-13 hingga ke-17 From Wikipedia, the free encyclopedia

Wokou
Remove ads

Wokou (Cina: 倭寇; pinyin: Wōkòu; Jepun: 倭寇; Hepburn: Wakō; Korea: 왜구; Hanja: 倭寇; RR: Waegu; secara harfiah dalam bahasa Cina: "penyamun kerdil"), yang biasanya diterjemahkan sebagai "lanun Jepun", ialah perompak laut yang menyerang kawasan pesisir China dan Korea dari abad ke-13 hingga abad ke-17.[1][2] Kumpulan wokou terdiri daripada pelbagai etnik Asia Timur yang berubah mengikut zaman, dan mereka menjalankan serangan dari pulau-pulau di Laut Jepun serta Laut China Timur.

Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Bahasa Cina ...

Aktiviti wokou di Korea berkurangan selepas Perjanjian Gyehae pada tahun 1443,[1] tetapi serangan mereka di China semasa Dinasti Ming masih berterusan dan memuncak ketika pencerobohan Jiajing pada pertengahan abad ke-16. Tindakan balas tentera China dan kawalan ketat pihak berkuasa Jepun menyebabkan aktiviti wokou akhirnya lenyap menjelang abad ke-17.

Remove ads

Sejarah

Terdapat dua era yang berbeza dalam sejarah kegiatan wokou. Wokou pada peringkat awal kebanyakannya mendirikan pangkalan di pulau-pulau pinggir Jepun di Laut Jepun, berbeza dengan wokou abad ke-16 yang kebanyakannya bukan berbangsa Jepun. Wokou awal bukan sahaja menyerang China dan Korea, tetapi juga melakukan serangan terhadap komuniti di Jepun sendiri.[3]

Penggunaan pertama istilah 'wokou' (倭寇) direkodkan pada Batu Bersurat Gwanggaeto yang didirikan di Ji’an, Jilin, China untuk memperingati pencapaian Raja Gwanggaeto Agung dari Goguryeo (memerintah 391–413). Batu bersurat itu menyatakan bahawa 'wokou (penyamun Jepun) telah merentas laut dan kemudian ditewaskan oleh baginda pada tahun 404.[4]

Istilah wokou terdiri daripada dua huruf Cina: (倭), yang merujuk kepada bangsa Jepun atau dalam konteks tertentu membawa makna menghina seperti "kerdil", dan kòu (寇) yang bermaksud "penyamun" atau "perompak".[5][6]

Kegiatan awal

Asal-usul istilah wokou dapat dikesan sejak abad ke-4, namun dalam dua era kegiatan wokou yang dikenal pasti oleh para sarjana. Kumpulan perompak laut yang digelar 'wokou awal' muncul akibat secara langsung daripada pencerobohan Mongol ke atas Jepun. Selepas peperangan tersebut, keupayaan pertahanan pantai China dan Korea merosot dengan ketara, manakala penduduk di Tsushima, Iki dan Kepulauan Gotō di Kyushu mengalami kemiskinan yang teruk. Keadaan ini mendorong peningkatan kegiatan pelaut-pelaut dari kawasan tersebut sehingga aktiviti penjarahan wokou di pesisir China dan Korea semakin berleluasa.[7][8]

Tokoh Korea, Chŏng Mong-ju dihantar ke Jepun untuk menangani masalah tersebut. Semasa misinya, Gabenor Kyushu Imagawa Sadayo berjaya menumpaskan sebahagian besar kumpulan wokou lalu memulangkan harta rampasan serta tahanan yang mereka culik kepada kerajaan Korea.[9][10] Pada tahun 1405, Ashikaga Yoshimitsu turut menghantar 20 lanun wokou yang berjaya ditangkap ke China, di mana mereka direbus hingga mati di dalam kawah di Ningbo sebagai hukuman.[11]

Menurut rekod Korea, aktiviti wokou menjadi sangat agresif sekitar tahun 1350. Selepas hampir setiap tahun menyerang wilayah selatan Jeolla dan Gyeongsang, kumpulan tersebut mula bergerak ke utara menuju Chungcheong dan Gyeonggi.[12] Sejarah Goryeo merekodkan bahawa pada tahun 1380, satu armada sebanyak 100 kapal perang dihantar ke Jinpo untuk menghancurkan lanun Jepun di sana, membebaskan seramai 334 orang tawanan. Serangan wokou kemudian berkurangan setelah itu. Wokou akhirnya dihalau dengan berkesan melalui penggunaan teknologi mesiu, yang tidak dimiliki oleh pihak wokou khususnya selepas Goryeo menubuhkan Pejabat Senjata Mesiu pada tahun 1377 (yang kemudiannya dibubarkan dua belas tahun kemudian).[12]

Thumb
Skop kegiatan lanun Jepun pada abad ke-16.

Pada tahun 1419, tentera Korea melancarkan pencerobohan besar-besaran ke Tsushima yang dikenali sebagai Serangan Ōei, iaitu operasi ketenteraan terbesar terhadap wokou. Armada Jeneral Yi Chongmu, terdiri daripada 227 kapal dan 17,285 orang tentera, berangkat dari Pulau Geoje menuju Tsushima pada 19 Jun 1419. Menurut Sejarah Murni Dinasti Joseon, pada 20 Jun, tentera Korea menawan 129 kapal wokou, membakar 1,939 buah rumah, membunuh 114 orang, menangkap 21 orang, dan menyelamatkan 131 orang Cina yang telah diculik oleh kumpulan wokou.[13]

Pada 29 Jun, tentera Korea membakar 15 kapal wokou dan 68 buah rumah, membunuh 9 orang, serta menyelamatkan 15 tahanan termasuk warga China dan Korea yang telah diculik. Namun demikian, lebih daripada 100 orang tentera Korea terbunuh dalam serangan balas oleh pihak wokou.[14] Pada 3 Julai, tentera Korea berundur ke Pulau Geoje[15] dan akhirnya menarik diri sepenuhnya selepas membatalkan usaha untuk melakukan pendaratan semula dan menduduki Tsushima, akibat kehilangan besar di pihak tentera Korea serta keadaan cuaca yang semakin buruk.[16] Dalam catatan bertarikh 10 Julai, angka korban tentera Korea diperbetulkan kepada 180 orang.[17] Sebaliknya, menurut dokumen sejarah yang direkodkan oleh keluarga Sō di Tsushima, jumlah korban tentera Korea didakwa jauh lebih tinggi, iaitu sekitar 2,500 orang.[18][19]

Selepas Perjanjian Gyehae dimeterai antara kerajaan Joseon dan So Sadamori dari Tsushima pada tahun 1443, dan setelah keluarga Sō diberikan hak perdagangan khas, kegiatan wokou di sepanjang pesisir Semenanjung Korea akhirnya reda.[1]

Beberapa kubu pantai yang dibina bagi mempertahankan wilayah daripada serangan wokou masih dapat ditemui di wilayah Zhejiang dan Fujian pada hari ini. Antara yang masih terpelihara dengan baik ialah Kubu Pucheng (di Daerah Cangnan, Zhejiang) dan Kubu Chongwu (di Chongwu, Daerah Huai'an, Fujian). Runtuhan Kubu Liu'ao di Liu'ao, Fujian juga kekal sebagai tapak bersejarah yang berkaitan dengan usaha pertahanan menentang wokou.[20]

Kegiatan lewat

Selepas Peristiwa Ningbo tahun 1523, apabila pentadbiran di pulau-pulau luar pesisir Zhejiang dan Fujian seperti Shuangyu runtuh, berlakulah siri serangan wokou Jiajing yang mengganas sepanjang pantai China pada 1550-an.[21]

Dalam usaha untuk memusatkan kuasa politik, Dinasti Ming melaksanakan larangan perdagangan maritim, berasaskan kepercayaan bahawa "perdagangan bebas tanpa kawalan akan membawa kepada kekacauan".[22] Dengan perdagangan laut diharamkan, angkatan laut China berkurangan, dan kerajaan tidak lagi mampu mengekang peningkatan penyeludupan. Situasi ini membuka ruang kepada kumpulan wokou untuk menguasai kawasan pesisir tenggara. Walaupun istilah wokou bermaksud 'lanun Jepun', majoriti kumpulan wokou abad ke-16 sebenarnya diketuai oleh pedagang Cina yang kehilangan mata pencarian akibat larangan perdagangan Ming.[22]

Tambahan pula, rasuah yang berleluasa dalam birokrasi Ming menyebabkan ramai pegawai mempunyai hubungan dengan kumpulan lanun dan turut memperoleh keuntungan daripada kegiatan mereka. Akibatnya, sukar bagi pihak pusat menegakkan kawalan yang berkesan.[23]

Menurut ahli sejarah Sanjay Subrahmanyam, kewujudan rangkaian wokou menggalakkan perdagangan sulit antara pedagang tempatan di Fujian dan Zhejiang dengan pedagang Portugis. Hubungan bawah tanah ini memudahkan pengembara dan mubaligh Jesuit seperti Francis Xavier, yang mencatat banyak maklumat tentang China pada 1540-an dan awal 1550-an. Salah satu rangkaian terkenal melibatkan pedagang-perantara wokou Wang Zhi, yang membantu Portugis menjalin hubungan dengan daimyo setempat selepas mereka mendarat di Tanegashima pada tahun 1543, serta membawa kepada peristiwa penting iaitu pengenalan senjata api Eropah ke Jepun.[24]

Dua tokoh tentera China yang paling terkenal dalam usaha menumpaskan wokou ialah Qi Jiguang dan Yu Dayou. Yu Dayou ialah jeneral Ming yang ditugaskan mempertahankan pantai selatan daripada lanun. Pada tahun 1553, seorang pegawai muda berusia 26 tahun, iaitu Qi Jiguang telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Ketenteraan Wilayah. Tugasnya adalah untuk "menghukum perompak dan melindungi rakyat", iaitu secara langsung memerangi serangan wokou di pesisir timur Dinasti Ming. Pada penghujung tahun berikutnya, berkat kejayaannya, Qi dilantik sebagai Pesuruhjaya penuh bagi wilayah Zhejiang, dan kemudian menjadi tokoh paling berpengaruh dalam kemenangan besar Ming menentang lanun.[25]

Lanun Wokou didapati terlibat dalam perdagangan manusia dan perhambaan di Jepun sekitar tahun 1550-an. Laporan Zheng Shungong pada tahun 1556 mencatatkan 200–300 hamba Cina di Satsuma yang dilayan 'seperti lembu' untuk kerja paksa, nasib yang turut menimpa ramai orang Jepun.[26][27]

Wokou juga memasuki Filipina sebelum mereka dibasmi pada abad ke-17. Aparri di utara Luzon ditubuhkan sebagai sebuah negara kota lanun di bawah naungan wokou. Kawasan sekitar Aparri menjadi tapak Pertempuran Cagayan 1582 antara wokou dan tentera Sepanyol.[28][29][30][31] Wokou tidak terhad kepada Aparri sahaja. Lanun dan pemilik tanah dari Limahong cuba menyerang Manila tetapi gagal, dan kemudian menubuhkan negara lanun sementara di Caboloan (Pangasinan) sebelum diusir oleh pihak Sepanyol.[32]

Remove ads

Kontroversi etnik

Identiti wokou menjadi perdebatan dengan pelbagai teori mengenai etnik dan asal-usul bangsa lanun tersebut.

Menurut Sejarah Ming, dalam satu serbuan wokou pada tahun 1555, 30% daripada wokou adalah Jepun, dan 70% adalah etnik Cina.[33] Menurut Censor Du Zhonglu, dalam sebuah memorandum bertarikh 1553, lanun itu terdiri daripada 10% orang barbar, 20% orang Ryukyu, dan selebihnya dari kawasan Fujian dan Ningbo, China.[34] Menurut Ray Huang, seorang sejarawan Cina-Amerika, lanun Jepun kerap bekerjasama dengan kumpulan Cina. Jepun berfungsi sebagai pangkalan bagi lanun, dan orang Jepun menyediakan sebahagian besar kepakaran ketenteraan dan peralatan kepada lanun.[35]

Profesor Takeo Tanaka dari Universiti Tokyo mencadangkan pada tahun 1966 bahawa wokou awal terdiri daripada orang Korea yang tinggal di pulau-pulau terpencil tersebut. Dalam Babad Dinasti Joseon, bahagian yang disusun untuk Raja Sejong menyatakan bahawa seorang lindungan bernama Yi Sun-mong (1386–1449) memberitahu rajanya: "Saya dengar bahawa pada akhir zaman Kerajaan Goryeo, wokou berkeliaran (di negara kita) dan para petani tidak dapat menahan mereka. Namun hanya 1 atau 2 (daripada 10) disebabkan oleh (lanun) Jepun sebenar. Sebahagian petani kita meniru pakaian Jepun, membentuk kumpulan dan menimbulkan masalah… untuk menghentikan segala kejahatan, tiada yang lebih penting daripada Hopae (sistem pengenalan diri)."[36][37]

Walau bagaimanapun, Yi tidak hidup semasa zaman Goryeo dan kemungkinan hanya menyampaikan khabar angin atau legenda dan bukannya bukti yang didokumentasikan dengan kukuh. Selain itu, inti ucapan Yi menekankan bagaimana keselamatan negara merosot dan memerlukan perhatian khas; kemungkinan beliau menggunakan maklumat yang tidak boleh dipercayai untuk menyokong hujahnya.[38] Oleh itu, penyataan Yi tidak dianggap sumber yang bernilai tinggi mengenai wokou oleh penyelidik lain.[39]Goryeosa mencatatkan 529 serbuan wokou dalam tempoh 1223 hingga 1392 tetapi hanya menyebut “Jepun palsu” sebanyak tiga kali.[38]

Teori semasa yang diterima[40] ialah teori Shōsuke Murai, yang menunjukkan pada tahun 1988 bahawa wokou awal berasal daripada pelbagai kumpulan etnik dan bukannya satu bangsa sahaja.[39] Murai menulis bahawa wokou adalah 'orang pinggiran' yang tinggal di kawasan yang tidak stabil secara politik tanpa kesetiaan kepada negara, serupa dengan tesis Zomia.[39] Penyokong teori ini menunjukkan bahawa salah seorang pemimpin wokou awal, Ajibaldo, dalam sumber-sumber zaman itu, dikatakan berasal dari Mongol, Jepun, Korea, dan seorang 'penduduk pulau';[41] namanya didakwa berasal daripada bahasa Korea dan Mongol.[42]

Remove ads

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads