Wreck-It Ralph
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wreck-It Ralph (Hancurkannya Ralph) ialah filem komedi animasi komputer 3D Amerika Syarikat 2012 diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diarah oleh Rich Moore, seorang bekas pengarah animasi The Simpsons dan Futurama.[2] Tajuk kerjanya ialah Joe Jump[3] dan Reboot Ralph. Ini merupakan filem cetera animasi Disney ke-52. Filem ini menampilkan lakonan suara John C. Reilly, Jack McBrayer, Jane Lynch dan Sarah Silverman. Filem ini menceritakan cerita Wreck-It Ralph (Reilly), seorang "bajingan" permainan video arked, yang berazam untuk membuktikan dia boleh jadi baik. Kesinambungannya, Ralph Breaks the Internet dikeluarkan pada 21 November 2018.
Remove ads
Plot
Wreck-It Ralph ialah penjahat berketinggian 9 kaki dan beratnya 643 paun[4] dari permainan video arked bernama Fix-It Felix Jr., di mana wira tajuk permainan itu membaiki bangunan yang Ralph rosakkan. Mahu membuktikan dia boleh jadi baik dan bukan hanya penjahat, Ralph melepaskan diri daripada permainannya melalui kord kuasa dan mendarat di Hero's Duty, permainan tembak orang pertama di mana dia menolong wira permainan ini, Sergeant Calhoun, berlawan dengan "Cy-Bugs", penakluk makhluk asing permainan ini. Dia kemudian masuk ke dalam Sugar Rush, permainan perlumbaan kart berlatar di trek diperbuat daripada gula-gula, biskut dan manisan lain. Di situ, Ralph bertemu dengan Vanellope von Schweetz, salah satu watak permainan itu, yang telah belajar bahawa permainanya ialah dia perlu menghadapi keadaan ugutan yang boleh menjejaskan seluruh arked, dan dari mana Ralph datang.[5]
Remove ads
Pelakon suara
- John C. Reilly sebagai Wreck-It Ralph[2]
- Jack McBrayer sebagai Fix-It Felix Jr.[2][6]
- Jane Lynch sebagai Sergeant Calhoun[2]
- Sarah Silverman sebagai Vanellope von Schweetz[2]
- Jamie Elman sebagai Rancis Fluggerbutter
- Roger Craig Smith sebagai Sonic The Hedgehog dari Siri Sonic The Hedgehog
- (Tidak diketahui) sebagai Doctor Ivo Robotnik dari Siri Sonic The Hedgehog[1][7]
- (Tidak diketahui) sebagai Tigor[6]
- (Tidak diketahui) sebagai Zangief dari Street Fighter II[1][7]
- (Tidak diketahui) sebagai Zombie[6][7]
Seni konsep untuk filem ini telah menyaran bahawa Wreck-It-Ralph akan mempunyai kehadiran kameo dari sebilangan watak permainan video. Watak-watak ini ternyata setakat ini termasuk:
Remove ads
Lagu runut bunyi
Lagu utama yang digunakan di dalam filem ini digubah oleh Henry Jackman sementara lagu runut bunyi mempersemahkan lagu asal yang dinyanyikan oleh Skrillex, Owl City dan Buckner & Garcia. Kumpulan idola Jepun, AKB48 menyanyikan lagu tema penghabisan, "Sugar Rush" (シュガー・ラッシュ, Shugaa Rasshu), untuk keluaran antarabangsa.[9]
Kesemua muzik digubah oleh Henry Jackman kecuali dinyatakan.
Remove ads
Penerbitan
John Lasseter, ketua Walt Disney Animation Studios dan penerbit eksekutif filem ini, menggambarkan Wreck-It Ralph sebagai "seorang bajingan permainan video 8-bit yang melalui sepanjang arked untuk membuktikan bahawa dia baik".[4] Seperti filem 1988 Disney 1988 Who Framed Roger Rabbit, Wreck-It Ralph akan mempunyai kehadiran kameo oleh sebilangan watak permainan video berlesen.[4] Contohnya, satu babak terancang menunjukkan Ralph menghadiri kumpulan sokongan untuk watak bajingan pelbagai arked, termasuk satu hantu dari Pac-Man dan Coily, ular dari Q-Bert.[4]
Filem ini asalnya dijadualkan untuk keluar pada 22 Mac 2013, tetapi kemudian dipindahkan ke 2 November 2012 kerana lebih awal daripada jadual.[11][12]
Remove ads
Keluaran
Keluaran panggung Wreck-It Ralph akan ditemani oleh suatu filem pendek Disney Paperman.[13]
Keluaran antarabangsa
Remove ads
Sekuel
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads