Wu Timur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wu Timur (Cina ringkas: 东吴; Cina tradisional: 東吳; pinyin: Dōng Wú), juga dikenali sebagai Sun Wu (Cina ringkas: 孙吴; Cina tradisional: 孫吳; pinyin: Sūn Wú) (222 - 280), adalah sebuah empayar pada zaman Tiga Kerajaan yang bersaing untuk mengawal China selepas kejatuhan Dinasti Han di Jiangnan (Delta Yangtze). Semasa kewujudannya, ibu kotanya berpusat di Jianye (建業), moden Nanjing), tetapi adakalanya Wuchang (武昌, moden Ezhou, Hubei) dijadikan ibu kota.
Wu Timur didirikan oleh Sun Quan sebagai maharaja pertama dengan gelaran Dadi (Hanzi: 大帝). Negara ini menguasai sebahagian besar wilayah pesisir di selatan dan tenggara China. Terdapat empat orang maharaja yang memimpin negara ini sehingga kejatuhannya ekoran penaklukannya oleh Dinasti Jin dari utara.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

