Zahiril Adzim

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Zahiril Adzim
Remove ads

Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar (lahir 23 Januari 1984) ialah seorang pelakon, pengacara dan pengarah televisyen lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, Televisyen, penstriman dan teater.[2] Beliau terkenal dengan membintangi filem termasuk KAMI The Movie (2008), Senjakala (2011), Bunohan (2012), siri filem Juvana (2013–2016), Pekak (2016), One Two Jaga (2018), MALBATT: Misi Bakara (2023) dan Reversi (2024) serta drama TV termasuk Juvana (2011), Paan & Paiz (2012), Aku Bukan Bimbo (2016), KL Gangster: Underworld (2018) dan Andai Tiada Dia (2024). Zahiril bersama-sama dengan Nam Ron, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, June Lojong, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2007 menerusi drama muzikal bebas 8TV, KAMI The Series menerusi watak Boy. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada 2008, sekaligus ia menjadi filem pertama lakonannya.

Pada tahun 2011, Zahiril telah menerbitkan buku antologinya yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan terbitan Merpati Jingga.[4][5] Pada tahun yang sama juga beliau berlakon dalam tiga drama – antaranya ialah drama Juvana yang mana beliau memegang watak sebagai Daim, yang dihantar ke sekolah Wira Bakti atas tuduhan membunuh ibunya.[6] Zahiril kembali menjayakan wataknya dalam filem 2013 bertajuk sama dan dua filem susulannya – Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) dan Perhitungan Terakhir (2016).

Beliau muncul dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan bersama Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada Hambanya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[7]

Zahiril juga melibatkan diri dalam bidang pengacaraan televisyen apabila beliau dan isteri, Shera Aiyob telah diberi tanggungawab mengacarakan rancangan bual bicara Masam-Masam Manis di TV AlHijrah untuk musim ketiga.[8]

Dari 4 September hingga 1 November 2017, beliau berlakon dalam drama adaptasi novel, Perempuan Paling Bahagia karya Syamnuriezmil arahan Jamal Khan bersama isterinya Shera dengan memegang watak sebagai Rafa.

Zahiril kemudian berlakon dalam filem arahan Namron, One Two Jaga bersama-sama Bront Palarae, Amerul Affendi dan Rosdeen Suboh. Beliau memegang watak sebagai Hussein, ini merupakan satu-satunya filem lakonan beliau bagi tahun 2018. Filem ini ditayangkan pada 6 September 2018.

Beliau juga aktif bermain permainan video dan kini giat mempromosikan e-Sports.[9]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pengacara, pelakon dan wartawan, Shera Aiyob pada 20 November 2011[10] dan dikurniakan seorang cahayamata bernama Nadi Anaqi.[11][12]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Bibliografi

  • Zahiril Adzim (2011). Bogel Menuju Tuhan. Merpati Jingga. ISBN 9789671012635.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads