empat

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads
Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia
Carilah maklumat lanjut mengenai empat di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

  1. angka keempat, 4; (jumlah) bilangan tiga dicampur satu, bilangan di antara tiga dengan lima; satu kurang daripada lima.

Terbitan

  • berempat: yang empat jumlahnya, berjumlah empat.
  • berempat-empat: tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dan lain-lain) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya.
  • keempat: (peringkat, bilangan, dan lain-lain) yang nombor empat.
  • keempat-empat: kesemuanya yang empat jumlahnya, empat (orang dan lain-lain) sekali.
  • memperempat: membahagi kepada empat bahagian.
  • mengempat: [bersamaan dengan atau diambil daripada mengempat puluh hari] berkenduri arwah (untuk orang mati) pada hari yang keempat puluh setelah ia meninggal.
  • mengempatkan: menjadikan empat (isteri dan lain-lain).
  • perempat: [bersamaan dengan atau diambil daripada seperempat dan satu perempat] satu daripada empat bahagian yang sama banyak, suku ( ).
  • perempatan:
    • simpang empat jalan.
    • bahagian yang terdiri daripada suku sesuatu, suku bahagian daripada sesuatu.
  • seperempat: (sila lihat: perempat.)

Kata majmuk

Kata majmuk dasar depan

  1. empat belas: bilangan sepuluh ditambah empat (14).
  2. empat besar: empat negara yang berkuasa (empat orang dan lain-lain yang berpangkat).
  3. empat likur: (arkaik) nombor dua-puluh-empat (24).
  4. empat penahap (penjuru) alam: [bersamaan dengan empat tepas dunia] empat arah yang ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat).
  5. empat persegi: bidang yang empat seginya dan mempunyai sisi yang sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90 darjah (segi empat sama).
  6. empat puluh: empat kali sepuluh (40).
  7. empat ratus: empat kali seratus (400).
  8. empat ratus serba dua: pemberian daripada pengantin laki-laki kepada pengantin perempuan yang banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain).
  9. empat segi: bidang yang seginya atau sempadannya empat.
  10. empat tepas dunia: (sila lihat: empat penahap (penjuru) alam.)

Kata majmuk terbitan

  1. mengempat puluh hari: (sila lihat: mengempat.)
  2. satu perempat: (sila lihat: perempat.)

Peribahasa

  1. empat gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela: pertuturan orang yang bijak itu selalu tidak diketahui ertinya.
  2. empat susu dua perut: (sastera lama) tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dan lain-lain).

Etimologi

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

Sebutan

  • Kamus Dewan: em·pat
  • AFA(kekunci): /əmpat/
  • Rima: -əmpat, -pat, -at
  • Audio (MY):(file)

Terjemahan

Tulisan Jawi

امڤت

Tesaurus

Sinonim

Antonim

Remove ads

Bahasa Iban

Takrifan

Kata bilangan

empat

  1. empat

Sebutan

Rujukan

"empat" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.


Perkataan Nombor
sifar | kosong | satu | esa | se | dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | lapan | delapan | sembilan | sepuluh | puluh | sebelas | belas | seratus | ratus | seribu | ribu | sejuta | juta

Bahasa Jakun

Nombor kardinal bahasa Jakun
 <  3 4 5  > 
    Kardinal : empat

Takrifan

empat

  1. empat

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads