satu

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads
Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia
Carilah maklumat lanjut mengenai satu di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

  1. angka pertama, 1; angka permulaan membilang bilangan, esa; satu kurang daripada dua, bilangan di antara sifar dengan dua.
  2. (bahasa percakapan) ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik.

Terbitan

  • berpersatuan: mempunyai persatuan, ada persatuannya.
  • bersatu:
    • bergabung menjadi satu.
    • bertaut atau bertemu (menjadi satu yang lebih besar).
    • bersebati (menjadi satu).
    • [bersamaan dengan satu hati] bermuafakat benar, seia sekata.
    • duduk bersama (sebagai suami isteri).
    • (bahasa halus) melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama.
  • kesatuan:
    • keadaan yang satu (tunggal), keesaan.
    • keadaan yang satu (sama).
    • [bersamaan dengan kesatuan sekerja] pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (untuk menjaga kepentingan mereka).
    • (Indonesia) satuan, unit.
    • (Indonesia) satu kumpulan (orang, perkakas, dan lain-lain) yang merupakan badan dan lain-lain yang tersendiri, unit.
  • mempersatukan:
    • menjadikan bersatu (berkenaan dengan rakyat sesebuah negara dan sebagainya).
    • mengahwinkan, menikahkan.
  • menyatukan:
    • mengumpulkan menjadi satu (supaya lebih kuat, kukuh, teguh).
    • menyelaraskan (tujuan, tekad, dan lain-lain), memusatkan.
    • (bahasa halus) mengahwinkan, menikahkan.
  • pemersatuan: perihal mempersatukan sesuatu.
  • penyatu: orang (faktor dan lain-lain) yang menyatukan atau menyatupadukan.
  • penyatuan: perihal menyatukan.
  • persatuan:
    • gabungan, ikatan, kumpulan.
    • perikatan, syarikat.
    • perihal bersatu.
  • satu-satu: [bersamaan dengan satu per satu]
    • tiap kali satu, satu demi (lepas) satu.
    • (bahasa percakapan) apa-apa, sesuatu.
  • satu-satunya: tidak ada yang lain, satu sahaja.
  • satuan:
    • angka yang kurang daripada sepuluh (10) pada bilangan yang mempunyai lebih daripada satu angka.
    • sesuatu yang digunakan sebagai dasar sukatan (ukuran dan lain-lain), unit.

Frasa dan ungkapan

  1. satu sama lain: sama sendiri (sesama mereka).
  2. tidak ada satu pun: tidak ada langsung.
  3. satu per satu: (sila lihat: satu-satu.)

Kata majmuk

Kata majmuk dasar depan

  1. satu hati: (sila lihat: bersatu.)
  2. satu padu: [bersamaan dengan bersatu padu] bersatu benar.
    1. bersatu padu: bersatu benar-benar, merupakan perikatan (permuafakatan) yang kukuh.
    2. mempersatupadukan: (arkaik) menjadikan bersatu padu.
    3. menyatupadukan: menjadikan bersatu padu (supaya lebih kuat, kukuh, dan lain-lain).
    4. penyatupaduan: proses menyatupadukan.

Kata majmuk terbitan

  1. kesatuan sekerja: (sila lihat: kesatuan.)

Peribahasa

  1. satu detik sepuluh rebah: seorang yang disindir, semua yang hadir turut tersinggung.

Etimologi

Daripada rumpun Melayu-Polinesia.

Sebutan

  • Kamus Dewan: sa·tu
  • AFA(kekunci): /satu/
  • Rima: -atu, -tu, -u
  • Audio (MY):(file)

Terjemahan

Tulisan Jawi

ساتو

Tesaurus

Sinonim

eka, esa, homogenus, mufrad, sa, singular, tauhid, tunggal, unik, wahid; cantum, gabung, lekatkan, rapatkan, temukan.

Antonim

banyak, bermacam-macam, jamak, majmuk, neka, panca, pelbagai, plural, ramai, rencam, serba, serbaneka; asing, cerai, isolasi, lerai, luar, pencilkan, pisah, sisih.

Remove ads

Bahasa Iban

Takrifan

Kata bilangan

satu

  1. satu

Sebutan

Rujukan

"satu" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.


Perkataan Nombor
sifar | kosong | satu | esa | se | dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | lapan | delapan | sembilan | sepuluh | puluh | sebelas | belas | seratus | ratus | seribu | ribu | sejuta | juta

Bahasa Jakun

Nombor kardinal bahasa Jakun
 <  0 1 2  > 
    Kardinal : satu

Takrifan

Kata bilangan

satu

  1. satu

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads