tujuh

From Wiktionary, the free dictionary

Remove ads
Wikipedia bahasa Melayu mempunyai rencana pada:
Wikipedia
Carilah maklumat lanjut mengenai tujuh di projek-projek kembar Wikikamus:

  Rencana dari Wikipedia.
  Buku teks dari Wikibuku.
  Imej dan media dari Wikimedia Commons.

Bahasa Melayu

Takrifan

  1. angka ketujuh, 7; (jumlah yang besarnya sama dengan) bilangan enam ditambah satu, bilangan di antara enam dengan lapan; satu kurang daripada lapan.

Terbitan

  • bertujuh: yang berjumlah tujuh; tujuh jumlahnya, tujuh (orang dan lain-lain) semuanya.
  • ketujuh: yang nombor tujuh.
  • ketujuh-tujuh: tujuh-tujuh sekali, tujuh semuanya.
  • menujuh:
    • [bersamaan dengan atau diambil daripada menujuh bulan] mengadakan kenduri pada ketika orang mengandung tujuh bulan.
    • [bersamaan dengan atau diambil daripada menujuh hari] mengadakan kenduri pada hari yang ketujuh selepas seseorang meninggal.
  • penujuh: kenduri kerana menujuh hari.

Kata majmuk

Kata majmuk dasar depan

  1. tujuh belas: tujuh tambah sepuluh (17).
  2. tujuh keliling: (Jakarta) sakit kepala yang amat sangat.
  3. tujuh likur: malam yang kedua puluh tujuh (dalam bulan Ramadan).
  4. tujuh puluh: sepuluh didarabkan dengan tujuh (70).
  5. tujuh ratus: seratus didarabkan dengan tujuh (700).

Kata majmuk dasar dalam

  1. bintang tujuh: nama gugusan bintang yang tujuh banyaknya [Nama astronomi bintang tersebut mengikut penamaan Persatuan Astronomi Antarabangsa dalam bahasa Yunani: Pleiades].

Kata majmuk terbitan

  1. menujuh bulan: (sila lihat: menujuh.)
  2. menujuh hari: (sila lihat: menujuh.)

Etimologi

Daripada Melayik Purba *tujuh.

Sebutan

Terjemahan

Tulisan Jawi

توجوه

Tesaurus

Sinonim

Antonim

Remove ads

Bahasa Iban

Takrifan

Kata bilangan

tujuh

  1. tujuh

Sebutan

Rujukan

"tujuh" di Kamus Iban - Melayu Dewan, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, ISBN 978-983-49-0446-3, 2015.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.


Perkataan Nombor
sifar | kosong | satu | esa | se | dua | tiga | empat | lima | enam | tujuh | lapan | delapan | sembilan | sepuluh | puluh | sebelas | belas | seratus | ratus | seribu | ribu | sejuta | juta

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads