Boeing F/A-18E dan F/A-18F Super Hornet ialah pesawat pejuang-penyerang supersonik yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Pesawat F/A-18E dan F/A-18F Super Hornet adalah lebih besar dan lebih canggih berbanding pesawat F/A-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet mula berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999, bagi mengantikan pesawat F-14 Tomcat. Ia kini berkhidmat bersama-sama dengan pesawat asal F-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet telah dipesan oleh Tentera Udara Diraja Australia pada tahun 2007 untuk mengantikan angkatan pesawat F-111 yang telah usang.

Fakta Segera Peranan, Pengeluar ...
F/A-18E/F Super Hornet
Thumb
Sebuah pesawat F/A-18F Super Hornet milik Tentera Laut AS sedang melaksanakan misi di Teluk Parsi.
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan
Pesawat pejuang-penyerang
Pengeluar McDonnell Douglas
Boeing Integrated Defense Systems
Penerbangan sulung 29 November 1995
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Dikeluarkan 1999
Jumlah dibina ≥632 as of April 2020[1][2]
Kos program Jumlah perolehan: US$48.09 bilion (sehingga FY2011)[3]
Kos seunit AS$55 juta (kos terbang pada 2011)[4][5][N 1]
Dibangunkan dari F/A-18 Hornet
Kelainan EA-18G Growler
Tutup

Pembangunan

Permulaan

Pesawat Super Hornet adalah versi pesawat F/A-18C/D Hornet yang lebih besar dan maju. Versi awal dipasarkan oleh McDonnell Douglas sebagai Hornet 2000 dalam tahun 1980-an. Konsep pesawat Hornet 2000 adalah versi temaju pesawat F/A-18 dengan sayap yang lebih besar, fiuslaj yang lebih panjang untuk membawa lebih bahan api dan enjin yang lebih berkuasa.[6]

Pada awal tahun 1990-an, cabang udara Tentera Laut A.S menghadapi beberapa masalah. Program A-12 Avenger II yang mana bertujuan untuk mengantikan pesawat A-6 Intruders dan A-7 Corsair II yang telah usang, telah menghadapi masalah yang serius dan dibatalkan. Perang Teluk mendedahkan bahawa keupayaan serangan Tentera Laut A.S terbelakang berbanding dengan Tentera Udara A.S dalam aspek-aspek tertentu.

Dengan tiadanya program yang boleh memberi keputusan yang jelas sebelum tahun 2020, pembangunan terhadap reka bentuk sedia ada menjadi pilihan yang baik untuk dipertimbangkan. Sebagai pilihan pada program A-12, McDonnell Douglas mencadangkan program "Super Hornet" (atau pada awalnya, "Hornet II"), untuk dipertimbangkan pada 1980-an untuk memperbaiki model awal pesawat F/A-18,[7] dan bertujuan sebagai pilihan untuk mengantikan pesawat A-6 Intruder. Pesawat F/A-18E/F Super Hornet juga mempunyai jarak / berat muatan yang lebih baik berbanding pesawat A-7 Corsair yang mana pada asalnya bertujuan untuk digantikan dengan pesawat awal Hornet. Pada masa yang sama, tentera laut memerlukan angkatan pesawat pejuang pertahanan untuk mengantikan program NATF yang telah dibatalkan. Cadangan awal adalah untuk menggunakan pesawat F-22 Raptor versi untuk kegunaan tentera laut.

Beralih kepada Super Hornet

Thumb
Pesawat F/A-18F menghasilkan "tabir bunyi".
Thumb
Pesawat EA-18G Growler.
Thumb
4 pesawat F/A-18F VFA-41 "Black Aces" terbang di Laut Pasifik dalam formasi stack pada tahun 2003. Perhatikan pod AN/ASQ-228 ATFLIR pada pesawat pertama dan ketiga, dan tangki simpanan berkembar pada pesawat keempat.

Pesawat Super Hornet pertama kalinya telah dipesan oleh Tentera Laut A.S pada tahun 1992. Tentera laut juga ingin menggunakan pesawat ini untuk mengantikan pesawat F-14 Tomcat yang telah berusia, membuatkan kesemua pesawat tempur tentera laut berasaskan pada model-model pesawat F/A-18 Hornet sehingga penerimaan pesawat F-35C Lightning II.[8] Tentera laut mengekalkan pengenalan F/A-18 untuk mendapatkan kelulusan Kongres sebagai program "terbitan" berisiko rendah, walaupun Super Hornet adalah merupakan sebuah pesawat baru dan memiliki sedikit persamaan aerodinamik dengan pesawat Hornet sebelumnya.[6] The Super Hornet did retain most of the avionic systems from the F/A-18C/D's then current configuration.[6]

Pesawat Super Hornet membuat penerbangan sulung pada 29 November, 1995.[6] Pengeluaran awal pesawat F/A-18E/F bermula pada tahun 1995, dan ujian penerbangan dilakukan pada tahun 1996. Pesawat F/A-18E/F melakukan pendaratan di atas kapal pengangkut pesawat pada tahun 1997.[6] Pengeluaran berskala kecil dimulakan pada bulan Mac 1997[9] dan pengeluaran penuh bermula pada bulan September 1997.[10] Ujian disambung sehingga tahun 1999, melengkapkan ujian di laut dan demonstrasi pengisian minyak di udara. Ujian melibatkan 3,100 ujian penerbangan merangkumi 4,600 jam penerbangan.[7] Super Hornet melakukan ujian operasi dan penilaian Tentera Laut A.S pada tahun 1999,[11] dan telah diluluskan pada bulan Februari 2000.[12] Tentera Laut A.S mempertimbangan perolehan pesawat Super Hornet yang mana memenuhi keperluannya iaitu kos, jadual penghantaran dan berat (di bawah 400 lb, 181 kg).[13]

Walaupun mempunyai persamaan tata rajah dan sistem, pesawat Super Hornet mempunyai banyak perbezaan dengan pesawat asal F/A-18 Hornet. Secara tidak rasmi, pesawat Super Hornet dikenali sebagai "Rhino" untuk membezakannya dengan model awal "warisan" Hornet. Rujukan "Rhino" sangat penting untuk operasi selamat penerbangan di atas kapal pengangkut. Sebagai contoh, krew dek penerbangan memasang set mekanisme pelembaban "Rhino" untuk mengukuhkan kabel penangkap secara betul bagi berat mendarat yang lebih tinggi bagi pesawat Super Hornet. Versi terkini termasuk pesawat satu tempat duduk F/A-18E dan 2 tempat duduk F/A-18F.

Pesawat Super Hornet telah mengambil alih tugas skuadron pesawat F-14 Tentera Laut A.S, ia juga mengambil alih misi yang dulunya dikendalikan oleh pesawat-pesawat A-6 Intruder, S-3 Viking, dan KA-6D. Versi untuk peperangan elektronik, EA-18G Growler, akan mengantikan pesawat usang EA-6B Prowler. Dalam Perang Vietnam, jenis opersi yang dilaksanakan oleh pesawat Super Hornet dijalankan oleh pesawat-pesawat A-1/A-4/A-7 (serangan ringan), A-6 (serangan sederhana), F-8/F-4 (pejuang), RA-5C (pengawasan), KA-3/KA-6 (penangki) dan EA-6 (peperangan elektronik). Adalah dianggarkan sebanyak A.S$1 bilion/setahun dapat dijimatkan ekoran penggantian pesawat-pesawat tersebut dengan pesawat Super Hornet.[14] Hanya peranan pesawat berkipas-turbo dan pesawat sayap berputar yang tidak di rangkumi oleh pesawat Hornet.

Pada 7 Mei, 2007, laporan mendedahkan jurutera menemui kecacatan reka bentuk pada pilon bawah sayap pesawat Super Hornet, yang mana boleh mengurangkan jangka hayat perkhidmatan pesawat sekiranya tidak dibaiki. Masalah ini telah diperbetulkan untuk pesawat baru dan bagi pesawat sedia ada ia akan dibaiki bermula pada tahun 2009.[15]

Pada awal tahun 2008, Boeing telah mengadakan perbincangan dengan tentera A.S dan Australia untuk mewujudkan pesawat Super Hornet Blok III, iaitu pesawat tingkat upaya generasi 4.75 dengan keupayaan tambahan halimunan, dan jarak yang lebih jauh, yang mana akan digantikan dengan pesawat generasi ke-6 pada tahun 2024.[16]

Reka bentuk

Reka bentuk pesawat Super Hornet telah melalui evolusi yang lebih ekstensif berbanding mana-mana pesawat tempur yang lain. Pesawat F-5 Freedom Fighter mendermakan platfom asas sayap, pangkal sayap besar yang dipanjangkan, dan muncung pesawat sebagai titik permulaan untuk pesawat pejuang ringan Northrop YF-17.[17] Pesawat YF-17 kemudian dibesarkan untuk menghasilkan pesawat pejuang pelbagai fungsi kelas pertengahan F/A-18, yang mana menyamai pesawat F-4 Phantom II sekiranya diukur dalam jarak, muatan dan persenjataan peluru berpandu. Pesawat Super Hornet 20% lebih besar, lebih 7000 lb (3000 kg) berat kosong, dan lebih 15,000 lb (6800 kg) berat maksimum jika dibandingkan dengan pesawat asal Hornet. Pesawat Super Hornet boleh membawa lebih 33% bahan api Diarkibkan 2007-12-13 di Wayback Machine, meningkatkan jarak misi sehingga 41% dan ketahanan 50% berbanding pesawat "warisan" Hornet. Berat kosong Super Hornet adalah kira-kira 11,000 lb (5000 kg) kurang berbanding pesawat F-14 Tomcat.

Sistem avionik dan perisian pesawat Super Hornet mempunyai 90% persamaan dengan pesawat F/A-18C/D sedia ada. Fiuslag pesawat dipanjangkan kira-kira 34-inchi. Ia mempunyai 2 tenggekan tambahan senjata, menjadikannya berjumlah 11 tenggekan. Untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat, kira-kira 3 kali lebih muatan boleh dibawa oleh kapal. Pesawat Super Hornet boleh membawa sistem pengisi minyak ke pesawat lain.[18]

Misi-misi yang dilaksanakan

Thumb
Pesawat F/A-18F sedang melakukan pendaratan.
  • Serangan siang/malam dengan senjata panduan tepat
  • Peperangan anti-udara
  • Kawalan pesawat
  • Sokongan dekat udara
  • Menumpaskan Pertahanan Udara Musuh (SEAD)
  • Serangan maritim
  • Pengawasan
  • Kawalan Udara Hadapan (Udara) (FAC(A))
  • Pengisian minyak di udara
  • Leaflet drops with Payload Delivery Unit 5 (PDU-5) containers[19]

Pengguna

Pengguna terkini

Tentera Laut Amerika Syarikat

Tentera Udara Diraja Australia

Pada 3 Mei, 2007 Kerajaan Australia memeterai kontrak perolehanan 24 buah pesawat F/A-18F untuk Tentera Udara Diraja Australia, bernilai A$2.9 bilion, sebagai pengantian jangka pendek untuk pesawat F-111 yang telah uzur.[20] Jumlah kos untuk latihan dan sokongan selama 10 tahun adalah A$6 bilion (AS$4.6 bilion).[21] Pesanan pesawat Super Hornet dibuat ekoran kebimbangan pesawat F-35 Joint Strike Fighter (JSF) tidak mungkin beroperasi apabila pesawat F-111 dibersarakan. Juruterbang tentera udara Australia dan pegawai tempur udara akan memulakan latihan di A.S pada tahun 2009, dan Skuadron No. 1 dan Skuadron No. 6 dirancang beroperasi sepenuhnya menggunakan pesawat F/A-18F dalam tahun 2010.

Pada 31 Disember, 2007, Kerajaan Parti Buruh Australia mengumumkan bahawa kerajaan akan menilai semula perolehan sebagai sebahagian rancangan perolehan pesawat pejuang tentera udara Australia yang lebih meluas, dengan kemungkinan perolehan pesawat F/A-18F akan dikurangkan ataupun dibatalkan. Alasan-alasan yang diberikan adalah kekhuatiran mengenai kesesuaian operasi, kekurangan proses penilaian yang betul, dan kepercayaan dalaman yang mengatakan pesawat pejuang jangka masa pendek adalah tidak diperlukan.[22]

Pada 17 Mac, 2008, kerajaan mengumumkan rancangan untuk memperoleh kesemua 24 buah pesawat F/A-18F akan diteruskan. Menteri Pertahanan, Joel Fitzgibbon mengatakan berdasarkan nasihat daripada pasukan penilai, kerajaan memutuskan bahawa menjadi keperluan untuk memperoleh pesawat Super Hornet, walau bagaimanapun mereka masih berpandangan kritikal akan rancangan kuasa udara yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Beliau mengulas lagi bahawa tiada pesawat lain yang bersuaian yang dapat dikeluarkan untuk memenuhi tarikh akhir pada tahun 2010 yang disetkan oleh kerajaan terdahulu untuk membersarakan pesawat F-111 dan tiada kemungkinan untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan pesawat F-111 melepasi tarikh ini.[23]

Pakej pesawat Blok II telah ditawarkan kepada RAAF termasuk 6 buah enjin simpanan, radar AESA APG-79, Link 16 connectivity, pelancar peluru berpandu LAU-127, pengumpan fiber optik AN/ALE-55 dan peralatan lain.[24] Kerajaan juga memohon kelulusan eksport AS untuk pesawat EA-18G Growler.[25] Pada 27 Februari 2009, Fitzgibbon mengumumkan bahawa 12 buah daripada 24 buah Super Hornet akan dikeluarkan agar modifikasi menjadi sebuah pesawat EA-18G boleh dilakukan pada masa depan. Pendawaian tambahan pada pesawat ini akan menelan belanja sebanyak A$35 juta. Keputusan akhir kepada EA-18G yang berjumlah A$300 juta akan dibuat pada tahun 2012.[26]

Thumb
Sebuah pesawat Super Hornet di Pertunjukan Udara Avalon 2013

Pesawat Super Hornet pertama siap pada tahun 2009 dan pertama kali terbang di kilang Boeing di St. Louis, Missouri pada 21 Julai 2009.[27] Krew RAAF memulakan latihan di A.S pada tahun 2009. 5 buah pesawat dari kumpulan pertama tiba di pangkalannya, Pangkalan RAAF Amberley di Queensland, pada 26 Mac 2010;[28] dan kemudian diikuti oleh 6 buah pesawat lagi pada 7 Julai 2010.[29] Berikutan ketibaan 4 buah pesawat tambahan pada Disember 2010, skudaron pertama F/A-18F diistiharkan mencapai status operasi pada 9 Disember 2010.[30]

Pada bulan Disember 2012, kerajaan Australia telah meminta maklumat daripada Amerika Syarikat berkenaan kos untuk membeli tambahan 24 buah pesawat F/A-18F, yang mana mungkin akan dibeli bagi mengelakkan kekosongan keupayaan di sebabkan kelewatan program pesawat F-35.[31] Pada Februari 2013, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan A.S. memaklumkan Kongres akan kemungkinan Jualan Ketenteraan Luar Negara (FMS) kepada Australia sehingga 12 buah F/A-18E/F dan 12 buah EA-18G Growler termasuk kelengkapan berkaitan, latihan dan sokongan logistik.[32] Pada bulan Mei 2013, Australia mengumumkan akan mengekalkan 24 buah F/A-18F di sebalik cadangan awal untuk mengubah suainya, dan akan memesan 12 buah pesawat EA-18G baru.[33]

Pada 24 September 2014, 8 buah pesawat RAAF F/A-18F, bersama-sama sebuah pesawat tangki, sebuah pesawat amaran awam dan 400 orang anggota tiba Emiriah Arab Bersatu untuk mengambil bahagian di dalam operasi tentera menentang ISIS.[34] Pada 5 Oktober 2014, RAAF secara rasminya memulakan misi tempur di Iraq, dengan sepasang pesawat F/A-18F yang dipersenjatai bom panduan GPS dan ditemani oleh sebuah pesawat penangki KC-30A; mereka kembali ke pangkalan tanpa menyerang sasaran.[35][36] Pada 8 Oktober 2014, sebuah Super Hornet membuat serangan pertama ke atas pasukan ISIS dengan mengugurkan dua biji bom ke atas kemudahan ISIS di utara Iraq.[37]

Pengguna berpotensi

Finland

Pada Jun 2015, satu kumpulan kerja yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan Finland telah mencadangkan untuk memulakan satu program HX untuk mengantikan armada pesawat McDonnell Douglas F/A-18 Hornet yang dioperasikan oleh Tentera Udara Finland, yang mana akan mencapai hayat khidmatnya pada penghujung tahun 2020-an. Kumpulan ini telah menamakan lima calon pesawat iaitu: Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Dassault Rafale, Eurofighter Typhoon, Lockheed Martin F-35 Lightning II dan Saab JAS 39 Gripen.[38] Pada Mei 2016, Pentagon telah mengumumkan dua buah syarikat pengeluar AS akan membalas permohonan maklumat berkenaan perolehan pesawat: Boeing dengan pesawat Super Hornet, dan Lockheed Martin dengan F-35.[39]

Kuwait

Pada bulan Mei 2015, Tentera Udara Kuwait dilaporkan telah merancang untuk memesan 28 buah pesawat F/A-18E/F dengan pilihan tambahan sebanyak 12 buah.[40] Bagaimanapun, pada bulan Jun 2015, laporan mengatakan bahawa Kuwait akan mempertimbangkan untuk membuat pembelian berasingan di antara Eurofighter Typhoon dan F/A-18E/F.[41] Pada 11 September 2015, Kuwait telah menandatangani satu perjanjian untuk membeli 28 buah pesawat Eurofighter.[42] Pada bulan Januari 2016, Kuwait mengesahkan akan rancangan untuk memperoleh 28 buah Super Hornet.[43] Pada pertengahan November 2016, terdapat laporan mengatakan bahawa satu jualan sebanyak 32 buah F/A-18E dan 8 buah F/A-18F kepada Kuwait telah diluluskan oleh Jabatan Negara A.S.[44]

Malaysia

Boeing pada tahun 2002 telah membuat tawaran baru kepada kerajaan Malaysia iaitu pemilikan F/A-18F Super Hornet dan akan membeli semula F/A-18D Hornet yang sedia ada dalam inventori TUDM. Walau bagaimanapun, program pembelian Super Hornet ini tertangguh selepas kerajaan Malaysia memperuntukkan sebahagian belanjawan untuk membeli 18 buah pesawat Su-30MKM Flanker dari Rusia. Panglima TUDM, Jeneral Datuk Nik Ismail Nik Mohamed pada sidang media berkata, beliau tidak membayangkan Super Hornet telah digugurkan dari senarai pembelian TUDM sebaliknya menekankan, TUDM amat memerlukan pesawat sedemikian.[45]

Poland

Poland merancang untuk membeli 64 buah MRCA bermula pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada program pemodenanannya. Pesawat baru akan mengantikan armada pesawat serangan darat Sukhoi Su-22M4 dan Mikoyan MiG-29 yang dioperasikan oleh Tentera Udara Poland. Prosedur tender terbuka yang dirancang mungkin termasuk: Boeing F/A-18E/F Advanced Super Hornet, versi terkini JAS 39E/F Gripen, Dassault Rafale, Eurofighter Typhoon dan F-35 Lightning II.[46][47][48][49]

Lain-lain

Pada bulan Oktober 2008, laporan menyebut bahawa Super Hornet telah dipilih sebagai salah satu daripada 3 calon akhir di dalam persaingan pesawat pejuang Brazil. Brazil telah meletakan keperluan awal sebanyak 36 buah pesawat, dengan potensi jumlah perolehan keseluruhan sebanyak 120 buah pesawat.[50][51]

Boeing telah menghantar cadangan untuk membekalkan pesawat di dalam persaingan bagi membekalkan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan Sederhana (MMRCA) kepada India pada 24 April 2008. Versi Super Hornet yang telah ditawarkan kepada India dinamakan sebagai F/A-18IN. Ia akan dilengkapi dengan radar Raytheon APG-79 AESA.[52] Pada bulan Ogos 2008, Boeing telah menghantar cadangan usahasama penglibatan industri dengan syarikat-syarikat di India.[53] Super Hornet kemudian dihantar ke India untuk ujian medan pada 18 Ogos, 2009.[54]

Pada 10 Mac 2009, Boeing telah menawarkan pesawat Super Hornet untuk Program Pesawat Pejuang Generasi Baru Greece.[55]

Berdasarkan belanjawan bagi Tahun Kewangan 2010, Tentera Udara A.S telah dinasihatkan bagi menimbangkan penggunaan pesawat Super Hornet bagi mengelakkan kekosongan dalam pertahanan udara negara sementara menunggu ketibaan pesawat JSF.[56]

Emirate Arab Bersatu (UAE) dilaporkan telah meminta maklumat akan Super Hornet pada tahun 2010.[57]

Pada awal 2011, Bulgaria telah menimbang untuk membeli pesawat F/A-18 Super Hornet, untuk mengantikan armada pesawat MiG-21 mereka.[58]

Pada 12 Mac 2014, surat khabar Belgium De Morgen melaporkan bahawa Boeing sedang berbincang dengan Kementerian Pertahanan Belgium akan potensi pesawat Super Hornet sebagai calon untuk mengantikan armada pesawat usang F-16.[59]

Pada tahun 2014, Boeing berkerjasama dengan Korean Airlines untuk menawarkan Advanced Super Hornet kepada Tentera Udara Republik Korea sebagai alternatif bagi program pesawat pejuang KF-X. Pesawat pejuang berdasarkan Super Hornet akan menjimatkan dana, menurun taraf program tidak memberi sebarang kelebihan kepada industri Korea Selatan sebanyak pengetahuan untuk membangunkan sebuah pesawat pejuang baru.[60]

Boeing menawarkan 90 buah pesawat F/A-18E/F dan EA-18G Growler kepada Jerman bagi program pengantian pesawat Tornado IDS dan ECR.[61]

Bidaan yang gagal

Brazil

Boeing telah mencadangkan pesawat Super Hornet kepada kerajaan Brazil. Mengikut laporan, Super Hornet telah terpilih sebagai salah satu daripada finalis dalam persaingan ini pada bulan Oktober 2008. Brazil akan membeli sebanyak 36 buah pesawat, dan mungkin menambah sehingga mencapai 120 buah jumlah keseluruhan.[62][63] Walau bagaimanapun, apabila tersebar berita akan kegiatan risikan oleh NSA Amerika Syarikat ke atas para pemimpin Brazil telah menyebabkan hubungan tegang di antara Amerika Syarikat dan Brazil.[64] Akhirnya, Brazil menggugurkan pesawat Super Hornet daripada senarai akhir dan telah memilih pesawat Saab JAS 39 Gripen pada bulan Disember 2013.[65]

Denmark

Pada tahun 2008, Tentera Udara Diraja Denmark telah ditawarkan pesawat Super Hornet.[66] Super Hornet merupakan salah satu daripada tiga calon yang memasuki persaingan untuk mengantikan armada 48 buah pesawat F-16AM/BM.[67][68] Pesaing lain adalah F-35A Joint Strike Fighter dan Eurofighter Typhoon. Denmark merupakan rakan Tahap-3 di dalam Program JSF, dan telah melabur AS$200 juta. Pemilihan akhir akan dibuat pada pertengahan tahun 2015 di mana 24 hingga 30 buah pesawat dijangka akan dibeli.[69] Pada April 2014, Kementerian Pertahanan Denmark telah menyerahkan dokumen Request for Binding Information (RBI) yang menyenaraikan pesawat versi dua tempat duduk, F/A-18F.[70] Pada Disember 2015, keputusan perolehan telah ditunda ke tahun 2016, dengan perincian pesanan akhir bergantung kepada rundingan politik.[71] Pada Mei 2016, kerajaan Denmark telah mencadangkan kepada parlimen bahawa 27 buah pesawat pejuang F-35A akan dibeli dan bukannya 38 buah pesawat Super Hornet.[72][73]

India

Dalam persaingan MMRCA India, Boeing telah menawarkan versi khas yang dikenali sebagai F/A-18IN, yang mana menggunakan radar AESA APG-79 buatan Raytheon.[52] Pada bulan Ogos 2008, Boeing telah menghantar satu kertas cadangan kepada India memperincikan kerjasama dengan syarikat-syarikat India.[74] Tentera Udara India (IAF) telah membuat penilaian ekstensif ke atas Super Hornet dan melakukan ujian lapangan pada bulan Ogos 2009.[75] Walaubagaimanapun, pada bulan April 2011, IAF telah mengugurkan F/A-18IN daripada persaingan yang mana akhirnya dimenangi oleh Dassault Rafale.[76]

Kor Marin Amerika Syarikat

Kor Marin Amerika Syarikat mengelak dari program Super Hornet dan menentangnya dengan keras. Mereka sanggup menerbangkan pesawat F/A-18C bekas milik Tentera Laut AS daripada menggunakan Super Hornet. Ia dipercayai kerana pihak Tentera Laut AS khuatir sebarang pembelian pesawat Super Hornet akan merencatkan perolehan pesawat F-35B STOVL yang akan dioperasikan daripada kapal amfibia.[77] Kor Marin akhirnya bersetuju untuk melengkapkan lima buah skuadron penyerang-pejuang Marin dengan pesawat F-35C bagi mengukuhkan sayap udara Tentera Laut sepertimana mereka lakukan dengan pesawat F/A-18C pada waktu sekarang.[78]

Lain-lain

Pada 10 Mac 2009, Boeing telah menawarkan Super Hornet bagi program pesawat pejuang generasi baru Greece.[55]

Boeing juga menawarkan Super Hornet kepada Tentera Udara Switzerland untuk mengantikan pesawat F-5E Tiger, tetapi kemudian menarik diri dalam pertandingan ini.[79]

Pada 1 Ogos 2010, akhbar The Sunday Times telah melaporkan kerajaan Britain telah menimbang untuk membatalkan pesanan pesawat F-35B dan akan membeli Super Hornet bagi kegunaan kapal pengangkut pesawat Queen Elizabeth. Ini akan menjimatkan belanjawan pertahanan UK sekitar £10 bilion. Sebuah sumber industri telah mencadangkan bahawa Super Hornet boleh berlepas menggunakan lompatan ski tanpa perlu menggunakan manjanik.[80] UK kemudian kembali ke rancangan asal dengan menggunakan pesawat pejuang F-35B di atas kapal pengangkut pesawat mereka.

Kelainan

  • F/A-18E Super Hornet : versi satu tempat duduk
  • F/A-18F Super Hornet : versi 2 tempat duduk
  • EA-18G Growler : Versi peperangan elektronik bagi pesawat F/A-18F Super Hornet, dirancang untuk pengeluaran pada tahun 2008, dan di atur gerak pada 2009. Pesawat EA-18G akan mengantikan pesawat EA-6B Prowler.

Kelainan

  • F/A-18E Super Hornet: versi satu tempat duduk
  • F/A-18F Super Hornet: versi dua tempat duduk
  • EA-18G Growler: Versi peperangan elektronik bagi F/A-18F Super Hornet. Dihasilkan dalam pengeluaran berskala rendah pada tahun 2007, dan mula diaturgerak ke dalam armada pada tahun 2009. EA-18G akan mengantikan pesawat EA-6B Prowler.

Pengguna

Thumb
Sebuah F/A-18F Super Hornet melakukan pergerakan mengelak di dalam satu pertunjukan kuasa udara.
Thumb
Pesawat F/A-18F dari Skuadron VFA-106 Gladiator Tentera Laut A.S semasa di Pertunjukan Udara Paris 2007.
Australia Australia
Kuwait Kuwait
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
  • Tentera Laut Amerika Syarikat
    • Armada Pasifik
      • VFA-2 "Bounty Hunters" (F/A-18F)
      • VFA-14 "Tophatters" (F/A-18E)
      • VFA-22 "Fighting Redcocks" (F/A-18F)[83]
      • VFA-27 "Royal Maces" (F/A-18E)
      • VFA-41 "Black Aces" (F/A-18F)
      • VFA-102 "Diamondbacks" (F/A-18F)
      • VFA-115 "Eagles" (F/A-18E)
      • VFA-122 "Flying Eagles" (Skuadron Penggantian Armada, menggunakan F/A-18E/F)[84]
      • VFA-137 "Kestrels" (F/A-18E)
      • VFA-147 "Argonauts" (F/A-18E)
      • VFA-154 "Black Knights" (F/A-18F)
    • Armada Atlantik
      • VFA-11 "Red Rippers" (F/A-18F)
      • VFA-31 "Tomcatters" (F/A-18E)
      • VFA-32 "Swordsmen" (F/A-18F)
      • VFA-34 "Blue Blasters" (F/A-18E)
      • VFA-81 "Sunliners" (F/A-18E)
      • VFA-103 "Jolly Rogers" (F/A-18F)
      • VFA-105 "Gunslingers" (F/A-18E)
      • VFA-106 "Gladiators" (Skuadron Penggantian Armada, menggunakan F/A-18A/B/C/D/E/F)
      • VFA-136 "Knighthawks" (F/A-18E)
      • VFA-143 "Pukin' Dogs" (F/A-18E)
      • VFA-211 "Fighting Checkmates" (F/A-18F)
      • VFA-213 "Black Lions" (F/A-18F)
    • Unit Ujian dan Penilaian
      • VX-9 Vampires (Skuadron Ujian dan Penilaian Udara, menggunakan F/A-18E/F dan pesawat-pesawat lain)
      • VX-23 Salty Dogs (Skuadron Ujian dan Penilaian Udara, menggunakan F/A-18E/F dan pesawat-pesawat lain)
      • VX-31 Dust Devils (Skuadron Ujian dan Penilaian Udara, menggunakan F/A-18E/F dan pesawat-pesawat lain)
      • NSAWC (Naval Strike and Air Warfare Center), menerima F/A-18F, dan pesawat-pesawat lain)

Setiap skuadron memiliki jumlah standard sebanyak 12 buah pesawat.

Spesifikasi (F/A-18E/F)

Data dari fail fakta Tentera Laut A.S,[13] Aerospaceweb[85]

Ciri umum

  • Anak kapal: F/A-18E: 1, F/A-18F: 2
  • Panjang: 60 kaki 1¼ in (18.31 m)
  • Rentang sayap: 44 kaki 8½ in (13.62 m)
  • Tinggi: 16 kaki (4.88 m)
  • Sayap luas: 500 kaki² (46 m²)
  • Berat kosong: 30,564 lb (13,864 kg)
  • Berat berisi: 47,000 lb (21,320 kg) (dalam konfigurasi pesawat pejuang)
  • Berat berlepas maksimum: 66,000 lb (29,900 kg)
  • Loji kuasa:General Electric F414-GE-400 turbin kipas
  • Muatan bahan api dalaman: F/A-18E: 6,530 kg, F/A-18F: 6,145 kg
  • Muatan bahan api luaran: 5 tangki × 480 gelen, berjumlah 7,430 kg

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mac 1.8+[13] (1,900 km/j) pada 12,190 m
  • Jarak: >50,000 kaki (2,346 km) clean plus two AIM-9[13]
  • Jejari bertempur: 390 batu nautika (772 km) untuk misi larangan udara [86]
  • Jarak maksimum: 1,800 batu nautika (3,330 km)
  • Beban sayap: 92.8 lb/kaki² (453 kg/m²)
  • Tujahan/berat: 0.93

Persenjataan

Lihat juga

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.