From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Haji Mohd Jarjis (25 Mei 1951 – 4 April 2015) merupakan ahli politik Malaysia dari Pekan, Pahang. Kemuncak kerjaya politik beliau apabila dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Pada 4 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.[1]
Jamaluddin Mohd Jarjis | |
---|---|
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | |
Dalam jawatan 30 Mac 2004 – 1 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Law Hieng Ding |
Digantikan oleh | Maximus Johnity Ongkili |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Rompin | |
Dalam jawatan 1990 – 4 April 2015 | |
Didahului oleh | Mohamed Amin Daud |
Digantikan oleh | Hasan Arifin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 25 Mei 1951
Meninggal dunia | 4 April 2015 63) Semenyih, Selangor, Malaysia (Helikopter terhempas) | (umur
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Puan Sri Dr. Kalsom Ismail |
Ibu | Datin Hajah Aminah Abdullah |
Bapa | Dato' Haji Mohd Jarjis Mohd Ali |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ahmad pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University Of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal pada tahun 1974.
Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974. Keinginan untuk meningkatkan pencapaian akademik telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektikal (Sistem Tenaga) di University of Manitoba, Kanada pada tahun 1976. Beliau akhirnya melengkapkan pencapaian akademiknya pada tahun 1980 setelah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrikal dari University of McGill, Kanada.
Tahun 1981 meletakkan jawatan dari UTM untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.
Beliau dilantik menerajui syarikat utiliti negara,sebagai pengerusi Tenaga Nasional Bhd antara Ogos 2000 - 2002 kerana pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran beliau dalam bidang elektrik.
Jamaluddin Jarjis bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan. Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Penaung Persatuan Pengilang-pengilang Bumiputra Malaysia. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Presiden, Persatuan Kebajikan Anak Pahang pada tahun 2004 serta Presiden, Persatuan Ekuistrian Malaysia dan Presiden, Majlis Equin Malaysia masing-masing pada tahun 2002 dan 2004.
Karier politik Y.B. Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan. Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 1994.
Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi. [2]
Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menang kerusi parlimen Rompin, Pahang .Beliau menang dengan mendapat undi sebanyak 21308. Calon lawan ialah Mazlan Mohamed Yasin dari PAS mendapat 10,629 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 79%. Undi rosak sebanyak 824.
Jamaluddin Jarjis (JJ) digugurkan dari jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi .
Beliau telah menjayakan projek Angkasawan Malaysia pada 2007 dengan kerjasama kerajaan Russia. Bual bicara secara langsung telah disiarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Datuk JJ sendiri berada di Russia dan Kazakhstan bagi memastikannya berjalan lancar.
Program angkasawan Malaysia ini merupakan hasil 'barter trade' dengan pembelian jet pejuang super sonic dari Russia. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pergi dengan Soyuz TMA-11 ke ISS, 333 kilometer dari muka bumi pada 10 Oktober 2007. Beliau pulang dari stesen angkasa lepas antarabangsa ISS dengan kapsul Soyuz TMA-10 . Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sedang mengkaji kemungkinan membeli kapal angkasa Soyuz dan dipamerkan di Muzium Negara bagi membangkitkan minat generasi muda.
Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis telah mendirikan rumahtangga bersama seorang doktor gigi, Puan Sri Dr. Kalsom Ismail. Beliau mempunyai empat orang anak, Nur Ainis, Ikwan Hafiz, Nur Aliyaa dan Noor Adilla. Beliau yang amat meminati sukan berkuda dan polo.
Pada 4 Ogos 2009, Datuk JJ menerima watikah perlantikan sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.Beliau menggantikan Datuk Rajmah Hussain.September 2009 beliau akan ke Washington mengunjungi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di White House untuk mendapatkan watikah penuh.[3]
Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan kesemua lima lagi mangsa yang lain. Jenazah telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 5 April 2015.[4]. Kes masih disiasat kerana data dari kotak hitam masih tidak dapat memberikan maklumat penting tentang mengapa helikopter tersebut meletup di tengah udara.[5][6][7]
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Jamaluddin Jarjis (UMNO) | 20,994 | 71% | Salim Ahmad (PAS) | 17,579 | 26% | ||
1995 | Jamaluddin Jarjis (UMNO) | 18,531 | 73% | Yahya Awang (PAS) | 5,706 | 23% | ||
1999 | Jamaluddin Jarjis (UMNO) | 15,907 | 60% | Mazlan Mohamed Yasin (PAS) | 9,879 | 37% | ||
2004 | Jamaluddin Jarjis (UMNO) | 19,359 | 64% | Sukri Ahmad (PAS) | 10,009 | 33% | ||
2008 | Jamaluddin Jarjis (UMNO) | 21,308 | 65% | Mazlan Mohamed Yasin (PAS) | 10,629 | 32% | ||
2013 | Jamaluddin Jarjis (UMNO) | 30,040 | 66.8% | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 14,926 | 33.2% |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.