Setasea ialah sekumpulan mamalia laut dalam orderCetacea yang merangkumi paus, lumba-lumba dan gondal. Cetus ialah perkataan Latin dan digunakan untuk nama biologi bagi maksud "paus"; maksud asalnya, "haiwan laut yang besar" adalah lebih umum. Perkataan ini berasal daripada Yunaniketos ("raksasa laut"). Setologi pula ialah cabang sains laut yang mengkaji setasea.
Fakta Segera Pengelasan saintifik, Subkumpulan ...
ikut jam dari atas: paus sperma (Physeter macrocephalus), lumba-lumba sungai Amazon (Inia geoffrensis), paus berparuh Blainville (Mesoplodon densirostris), paus sikat selatan (Eubalaena australis), narwal (Monodon monoceros), paus kelasa (Megaptera novaeangliae), buding (Orcinus orca), paus kelabu (Eschrichtius robustus) dan gondal pelabuhan (Phocoena phocoena).
Setasea merupakan mamalia yang paling disesuaikan untuk kehidupan di dalam air. Badannya fusiform (berbentuk spindel). Anggota hadapannya terubah suai menjadi kaki sirip, sedangkan anggota belakangnya yang amat kecil adalah saki yang tidak bersendi dengan tulang belakang dan disembunyikan di dalam badan. Ekornya mempunyai fluk yang melintang. Setasea adalah mamalia yang hampir tidak berbulu, dan badannya ditebat dengan satu lapisan lemak yang tebal.
Order Cetacea mengandungi lebih lapan puluh spesies yang dibahagikan kepada dua suborder:
Mysticeti (paus balin); dan
Odontoceti (paus bergigi, yang termasuk lumba-lumba).
Pengelasan ini menepati Mamalia Laut di Dunia: Sistematik dan Taburan (Marine Mammals of the World: Systematics and Distribution) (1998), oleh Dale W. Rice yang telah menjadi rujukan taksonomi piawai dalam bidang ini. Pengelasan ini amat sama dengan Spesies Mamalia di Dunia: Edisi Ke-3 (Mammal Species of the World: 3rd Edition) (edisi Wilson dan Reeder, 2005). Sebarang perbezaan dicatatkan dengan masing-masing menggunakan singkatan "Rice" dan "MSW3". Perbezaan tambahan yang disebabkan oleh penemuaan yang terkini juga dicatatkan.
Paus berparuh bergigi ginkgo, Mesoplodon ginkgodens
Paus berparuh Gray, Mesoplodon grayi
Paus berparuh Hector, Mesoplodon hectori
Paus berparuh Deraniyagala, Mesoplodon hotaula
Paus berparuh Layard, Mesoplodon layardii
Paus berparuh True, Mesoplodon mirus
Paus berparuh Perrin, Mesoplodon perrini
Paus berparuh pigmi, Mesoplodon peruvianus
Paus berparuh Stejneger, Mesoplodon stejnegeri
Puas bergigi penyodok, Mesoplodon traversii
Genus Tasmacetus
Paus berparuh Shepherd, Tasmacetus shepherdi
Genus Ziphius
Paus berparuh Cuvier, Ziphius cavirostris
Humphrey si paus
Tom Tua
Rice, Dale W. (1998). "Marine mammals of the world: systematics and distribution (Mamalia laut di dunia: Sistematik dan taburan)": 231 halaman.Unknown parameter |Journal= ignored (|journal= suggested) (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
Mead, James G. dan Robert L. Brownell, Jr (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed) (penyunting). Mammal Species of the World (Spesies Mamalia di Dunia) (ed.ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s.723–743. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)