From Wikipedia, the free encyclopedia
Vinaigrette (disebut [vɪnəˈɡrɛt terdekat vi.nĕ.grét]) ialah sos masakan yang diperbuat dengan mencampurkan cuka dan minyak serta diperasakan garam, herba dan rempah. Ia paling biasa digunakan bukan sahaja sebagai kuah memerisakan salad,[1] tetapi juga sebagai perapan. Secara tradisinya, vinaigrette terdiri daripada 3 bahagian minyak dan 1 bahagian cuka dicampur ke dalam emulsi yang stabil, tetapi istilah ini juga digunakan untuk campuran dengan kadar yang berbeza dan emulsi yang tidak stabil yang mampu bertahan dalam masa yang singkat sebelum terpisah kembali kepada lapisan fasa minyak dan cuka.
Vinaigrette | |
---|---|
Jenis | Kuah salad, sos, atau perapan |
Tempat asal | Perancis |
Bahan utama | Minyak (minyak kacang soya, minyak kanola, minyak zaitun, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kesumba , minyak kacang, atau minyak biji anggur ), cuka, pilihan herba dan rempah |
sunting · sunting di Wikidata |
Kata vinaigrette dari bahasa Perancis adalah bentuk kecilan kata vinaigre ("cuka").[2] Ia biasanya dikenali sebagai "kuah Perancis" (French dressing) dalam abad ke-19.[3]
Secara umum, vinaigrette terdiri daripada 3 bahagian minyak untuk 1 bahagian cuka dipukul menjadi emulsi. Garam dan lada juga turut ditambah. Herba dan bawang merah ditambah, terutama apabila ia digunakan sebagai sos untuk sayur-sayuran yang dimasak, bijirin, dan yang seumpamanya.[4] Ada kalanya mustard digunakan sebagai pengemulsi.[5]
Vinaigrette boleh dibuat dengan pelbagai minyak dan cuka. Minyak zaitun dan minyak sayuran neutral seperti minyak kacang soya, minyak kanola, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kesumba, minyak kacang, atau minyak biji anggur adalah minyak yang paling biasa dipakai sebagai asas.
Di utara Perancis, sos ini boleh dibuat dengan minyak walnut dan cuka sider epal dan digunakan untuk salad endive Belgium.
Di Amerika Syarikat, vinaigrette mungkin termasuk dengan pelbagai penambahan sesuatu yang baru seperti lemon, trufel, raspberi, putih telur, gula, bawang putih, dan ceri. Keju, lazimnya keju biru, juga boleh ditambah. Secara komersial, versi botol mungkin menggunakan pengemulsi seperti lesitin.
Di Asia Tenggara, minyak dedak padi dan cuka putih digunakan sebagai asas dengan herba segar, cili, kacang, dan jus limau.
Cuka yang berbeza, seperti raspberi, mencipta perisa yang berbeza, dan jus lemon atau alkohol, seperti syeri, boleh digunakan sebagai pengganti cuka. Vinaigrette balsam dibuat dengan menambah sejumlah kecil cuka balsam kepada vinaigrette mudah minyak zaitun dan wain cuka.
Di Brazil, campuran minyak zaitun, cuka alkohol, tomato, bawang dan kadang-kadang lada benggala dipanggil Vinagrete. Ia disaji ketika Churrasco, biasanya pada hari Ahad.
Dalam masakan Perancis klasik, vinaigrette digunakan sebagai sos salad dan, sebagai sos sejuk, mengiringi articok, asparagus dan bawang sejuk.
Vinaigrette memberikan namanya kepada salad dalam masakan Rusia dipanggil vinegret.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.