From Wikipedia, the free encyclopedia
Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug, ialah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) dari tahun 1938 sehingga 2003. Walaupun nama "Beetle" and "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah VW menggunakan nama Beetle untuk pasaran Amerika Syarikat. Di Britain, VW tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia hanya dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200, 1300 atau 1500, yang merupakan nama yang digunakan dalam pasaran Eropah; nombor tersebut merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu. Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003) VW memperkenalkan model "New Beetle" (dibina berasaskan platform Volkswagen Golf) yang menampilkan keserupaan kosmetik kepada rupa bentuk asal.
Volkswagen Type 1 | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Volkswagen |
Juga dikenali | Volkswagen Beetle |
Pengeluaran | 1938—2003 |
Pengganti | Volkswagen New Beetle Volkswagen Golf |
Kelas | Kereta ekonomi |
Gaya badan | Cabriolet 2 pintu Coupé 2 pintu |
Enjin | 1.2 L 4 rata 1.3 L 4 rata 1.5 L 4 rata 1.6 L 4 rata |
Bermula tahun 1931, Ferdinand Porsche dan Zündapp membangunkan "Auto für Jedermann" (kereta untuk semua orang), kali pertama nama Volkswagen digunakan. Porsche lebih gemar menggunakan enjin 4 silinder rata sejukan udara, tetapi Zündapp menggunakan enjin jejari 5 silinder sejukan cecair. Pada tahun 1932 tiga prototaip telah berjaya diuji[1]. Kesemua kereta tersebut telah hilang semasa perang; yang terakhir telah hilang pada tahun 1945 di Stuttgart semasa serangan bom.
Pada tahun 1933, Adolf Hitler menghantar lakaran kepada Ferdinand Porsche bagi cadangan model "Volks-Wagen" ("Kereta Rakyat"), sebuah kereta asas yang mempu mengangkut dua penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak pada kelajuan 100 km/j (62bsj). Kereta Rakyat tersebut boleh didapati oleh rakyat Jerman Nazi melalui skim simpanan, dengan harga serendah 990 mark, hampir sama dengan harga sebuah motosikal kecil pada zaman tersebut, dengan pendapatan purata sekitar DM32 seminggu.[2] Ia merupakan antara kereta pertama di dunia yang mana enjinnya berfungsi tanpa menggunakan air. Kereta ini direka khas pada awal perang dunia untuk kegunaan askar Jerman melalui kawasan padang pasir dengan senang.
1967 Volkswagen Beetle (imej bukannya model 1967 Beetle) | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Volkswagen |
Kelas | Kereta subkompak |
Gaya badan | Cabriolet2 pintu Coupé 2 pintu |
Enjin | Enjin 1500 cc 4 rata OHV sejukan udara di belakang 40 kW (53 bhp) @ 4200 rpm Tork 105 Nm (78 ka·lbf) @ 2600 lubang 83 mm lejang 69 mm Nisbah mampatan 7.5:1 |
Penghantaran | Manual 4 kelajuan |
Jarak roda | 2400 mm (94.5 in) |
Panjang | 4079 mm (160.6 in) |
Lebar | 1539 mm (60.6 in) |
Volkswagen Beetle telah melalui perubahan ketara bagi model tahun 1967. Sementara kereta tersebut kelihatan sama seperti model asal, sistem aliran kuasanya telah dipertingkatkan. Antara perubahan pada Beetle termasuklah enjin yang lebih besar pada tahun berikutnya. Kuasa kuda telah ditingkatkan kepada 37 kW (50 hp) pada tahun sebelumnya, dan pada tahun 1967 kuasa enjin telah dipertingkatkan lagi kepada 40 kW (53 hp).
Keluaran penjana elektrik telah meningkat daripada 180 kepada 360 watt, dan sistem elektrik dipertingkatkan daripada sistem 6 volt kepada sistem 12 volt. Saiz cakera klac juga telah meningkat, dan perubahan turut dilakukan pada roda tenaga, sistem brek dan gandar belakang. Peralatan wajib baharu termasuklah pengelap cermin hadapan 2 kelajuan, lampu sandaran, alas lengan pemandu pada pintu, punat pengunci pada pintu, lampu hadapan serta cermin sisi di bahagian pemandu.
Harga bagi model tersebut ialah AS$1,640 dengan berat 840 kg (1850 lb) yang merupakan berat lazim bagi kereta buatan Eropah pada masa tersebut. Kelajuan maksimum ialah 130 km/j (82 bsj), mencukupi bagi dipadankan dengan had laju maksimum 110 km/j (70 bsj) di lebuh raya Amerika Syarikat.
Pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara 1994, Volkswagen menampilkan "Concept 1", kereta konsep dengan reka bentuk futuristik tetapi mirip model Beetle asal. Reaksi yang menggalakkan di kalangan orang ramai menyebabkan syarikat mengeluarkan kereta tersebut, dan pada tahun 1998, 20 tahun selepas Beetle terakhir dijual di Amerika Syarikat, Volkswagen melancarkan Beetle Baru yang direka bentuk oleh Mays dan Freeman Thomas di studio reka bentuk syarikat di California.
Beetle Baru dikeluarkan di kilang VW di Puebla, Mexico di mana, ironinya, barisan terakhir pengeluaran model Beetle lama dengan enjin sejukan udara dihentikan bagi membolehkan model Beetle Baru yang berasaskan Golf dikeluarkan.
Beetle Baru, dengan enjin (sejukan cecair) di hadapan kereta yang dipacu roda hadapan, hanya berkait dengan model asal pada nama, bentuk umum serta beberapa reka bentuk. Ia ialah sebuah kereta moden berasaskan platform Volkswagen A.
VW Beetle dikenali dengan pelbagai nama di kebanyakan negara, biasanya merujuk kepada perkataan "kumbang" (beetle). Antaranya:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.