5-Hidroksitriptofan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
5-Hidroksitriptofan (5-HTP), juga dikenali sebagai oksitriptan, ialah asid amino dan molekul pelopor kimia wujud semula jadi serta perantaraan metabolisme dalam biosintesis neurotransmiter serotonin.
Remove ads
Kegunaan
5-HTP dijual di kaunter di Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Singapura, Belanda dan United Kingdom sebagai makanan tambahan sebagai antidepresan, penahan selera makan dan bantuan tidur. Ia juga dipasarkan di banyak negara Eropah untuk bagi kemurungan major di bawah nama dagangan Cincofarm, Levothym, Levotonine, Oxyfan, Telesol, Tript-OH, dan Triptum.[1]
Kajian 2002 menyimpulkan bahawa walaupun data yang dinilai menunjukkan bahawa 5-HTP adalah lebih berkesan daripada plasebo dalam rawatan kemurungan, tetapi tidak mencukupi lagi untuk menjadi konklusif kerana kekurangan data klinikal yang memenuhi piawaian yang ketat ketika itu.[2] Kajian yang lebih dan lebih besar menggunakan metodologi semasa diperlukan untuk menentukan sama ada 5-HTP benar-benar berkesan dalam merawat kemurungan.[3][4] Dalam ujian kecil, terkawal 5-HTP juga telah dilaporkan untuk menambah keberkesanan antidepresan klomipramina.[5][6][7] Metaanalisis pada 2020 mendapati suplemen 5-HTP oral mempunyai saiz kesan yang besar terhadap keterukan gejala kemurungan. Walau bagaimanapun, kajian yang disertakan dianggap agak lemah, dan kaedah dan tempoh rawatan adalah berbeza-beza antara tujuh kajian yang diperiksa.[8]
Penggunaan 5-HTP selepas MDMA
MDMA ialah ubat psikotropik empatogenik-enaktogenik dan serotonergik yang digunakan terutamanya bagi tujuan rekreasi, walaupun kadangkala juga digunakan sebagai terapeutik. Dalam kalangan pengguna MDMA, kesan serotonergik ubat selalunya menjadi perhatian dan kebimbangan tertentu: selepas mengambil MDMA, kepekatan serotonin banyak kekurangan di dalam otak. 5-HTP diperlukan buat pengeluaran serotonin, dan kepekatannya dalam otak juga berkurangan selepas mengambil MDMA.
Penggunaan lain
Pada dos yang tinggi, atau dalam kombinasi dengan karbidopa, 5-HTP telah digunakan untuk merawat obesiti (dengan menggalakkan penurunan berat badan).[9][10]
Dalam ujian klinikal pelbagai reka bentuk, 5-HTP juga telah dilaporkan untuk merawat fibromialgia,[11] mioklonus,[12] migrain[13] dan ataksia serebelum.[14] Walau bagaimanapun, penemuan klinikal ini masih di tahap awal seperti penemuan terapeutik 5-HTP lain, dan memerlukan pengesahan dalam ujian yang lebih besar.
Remove ads
Kelemahan
Separuh hayat pendek 5-HTP (kurang 2 jam)[15] mungkin mengehadkan potensi terapeutiknya[16] kerana tahap pendedahan 5-HTP sistemik akan naik turun dengan ketara walaupun dengan dos yang agak kerap. Naik turun pendedahan sedemikian biasanya dikaitkan dengan peningkatan beban kejadian buruk akibat daripada puncak Cmax (masa ke kepekatan sistemik maksimum) ubat, dan penurunan keberkesanan klinikal akibat pendedahan subterapeutik bagi sebahagian besar tempoh apabila diambil sebagai unit dos tunggal atau pada selang yang jauh lebih besar daripada Cmaks. Ada cadangan bahawa bentuk dos 5-HTP yang mencapai penghantaran berpanjangan akan menjadi lebih berkesan[16] seperti yang telah ditunjukkan berkali-kali dengan farmaseutikal lain dengan tempoh tindakan yang singkat.[17] Contohnya, oksikodon atau morfina pelepasan terkawal bertujuan untuk membenarkan kelegaan kesakitan melalui mekanisme penghantaran baru sehingga 12 jam dengan bahan aktif yang hanya memberikan kelegaan selama 3-6 jam. Walau bagaimanapun, kebolehubahan yang wujud dalam kalangan pesakit yang berbeza berkenaan metabolisme ubat menjadikan tugas ini mencabar.
Remove ads
Kesan sampingan
Kesan sampingan yang berpotensi 5-HTP termasuk pedih ulu hati, sakit perut, loya, muntah, cirit-birit, mengantuk, masalah seksual, mimpi buruk atau jelas dan masalah otot.[18] Oleh kerana 5-HTP belum dikaji secara menyeluruh dalam persekitaran klinikal, kesan sampingan dan interaksi dengan ubat lain yang berkemungkinan belum diketahui. Menurut Perpustakaan Perubatan Negara AS, 5-HTP tidak dikaitkan dengan sindrom serotonin atau sebarang kejadian buruk yang serius pada manusia.[19] Dalam pelbagai kajian, 5-HTP juga telah dilaporkan tidak menyebabkan sebarang perubahan hematologi atau kardiovaskular yang ketara.[20] 5-HTP juga telah dikaitkan dengan eosinofilia, tetapi kajian kemudian tidak menemui sebarang hubungan sebab akibat.[21]
Interaksi
Apabila digabungkan dengan antidepresan kelas MAOI atau SSRI, dos parenteral 5-HTP yang sangat tinggi boleh menyebabkan sindrom serotonin akut pada tikus.[22][23] Tidak jelas sama ada penemuan sedemikian mempunyai kaitan klinikal kerana kebanyakan ubat akan menyebabkan kejadian buruk yang serius atau kematian terhadap tikus pada dos yang sangat tinggi. Pada manusia, 5-HTP tidak pernah dikaitkan secara klinikal dengan sindrom serotonin walaupun laporan kes mencadangkan 5-HTP boleh mencetuskan mania apabila ditambah kepada MAOI.[24]
Apabila digabungkan dengan karbidopa sebagai rawatan gejala penyakit Parkinson, 5-HTP menyebabkan loya dan muntah; namun ini boleh dikurangkan melalui pemberian granisetron.[25] Seperti yang dinyatakan di bawah di bawah farmakologi, kes penyakit seperti skleroderma telah dilaporkan pada pesakit yang menggunakan karbidopa dan 5-HTP.[26]
5-HTP oral menghasilkan peningkatan dalam 5-HIAA (sejens metabolit serotonin) kencing menunjukkan bahawa 5-HTP dimetabolismekan secara periferi kepada serotonin yang kemudiannya dimetabolismekan. Ini mungkin menyebabkan keputusan positif palsu dalam ujian mencari sindrom karsinoid.[27][28] Disebabkan oleh penukaran 5-HTP kepada serotonin oleh hati, mungkin terdapat risiko penyakit injap jantung daripada kesan serotonin pada jantung, berdasarkan penemuan praklinikal.[29][30] Walau bagaimanapun, 5-HTP tidak dikaitkan dengan keracunan jantung pada manusia.[21][20][19][31]
Telah dicadangkan bahawa 5-HTP boleh menyebabkan sindrom eosinofilia-mialgia (EMS), keadaan serius yang mengakibatkan kelembutan otot yang melampau, mialgia dan keabnormalan darah. Walau bagaimanapun, terdapat bukti untuk menunjukkan bahawa EMS berkemungkinan disebabkan oleh bahan cemar dalam suplemen 5-HTP tertentu.[32]
Remove ads
Pengeluaran
5-HTP dihasilkan daripada asid amino triptofan melalui tindakan enzim triptofan hidroksilase. Hidroksilase ialah salah satu daripada hidroksilase asid amino aromatik bergantungan biopterin. Pengeluaran 5-HTP ialah langkah pengehad kadar dalam sintesis 5-HT (serotonin). 5-HTP biasanya ditukar dengan pantas kepada 5-HT oleh dekarboksilase asid amino.[33]
Penyerapan
Selepas pentadbiran oral, 5-HTP diserap oleh usus atasan.[15] Cara penyerapan tidak diketahui, tetapi mungkin melibatkan pengangkutan aktif melalui pengangkut asid amino. 5-HTP diserap secukupnya melalui rongga mulut.[34] Dengan perencat dekarboksilase, bioketersediaan 5-HTP boleh menjadi lebih tinggi daripada 50%.[35]
Farmakokinetik
5-HTP diserap dengan pantas dengan pada tmax sekitar 1.5 jam, dan cepat dihapuskan dengan separuh hayat kira-kira 1.5-2 jam. Pemberian bersama perencat dekarboksilase (cth., karbidopa, benserazida) menggandakan separuh hayat 5-HTP kepada 3 hingga 4 jam,[36][15] dan meningkatkan pendedahan sebanyak beberapa kali ganda, bergantung kepada rejimen dos.[15][37]
Metabolisme
5-HTP didekarboksilasi kepada serotonin (5-hidroksitriptamina atau 5-HT) oleh enzim dekarboksilase asid L-amino aromatik dengan bantuan vitamin B6.[38] Tindak balas ini berlaku dalam tisu saraf dan dalam hati.[39] 5-HTP melintasi penghalang darah-otak,[40] manakala 5-HT pula tidak. Lebihan 5-HTP, terutamanya apabila diberikan dengan vitamin B6, dianggap akan dimetabolismekan dan dikumuhkan.[41][42]
| 5-HTP | AAAD | Serotonin | |
| PLP | |||
Remove ads
Farmakologi
Tindakan psikoaktif 5-HTP diperoleh daripada peningkatan pengeluaran serotonin dalam tisu sistem saraf pusat.[43]

Penyelidikan menunjukkan bahawa pemberian bersama dengan karbidopa banyak meningkatkan tahap plasma 5-HTP.[44] Kajian lain telah menunjukkan risiko keadaan seperti skleroderma yang terhasil daripada gabungan 5-HTP dan karbidopa.[45]
Status kawal selia
Pada masa ini tiada produk ubat yang diluluskan mengandungi 5-HTP yang diluluskan oleh FDA.[46] Semua produk 5-HTP yang tersedia adalah nutraseutikal, dan oleh itu tidak dikawal atau disahkan bagi ketulenan, integriti, atau keberkesanan atau keselamatan klinikal, mewajibkan berhati-hati mengenai penggunaan manusia.[47]
Mulai 25 Ogos 2020, Hungary menambah 5-HTP pada senarai bahan psikoaktif terkawal, dan melarang pengeluaran, penjualan, import, penyimpanan dan penggunaan, menjadikannya negara pertama yang berbuat demikian.[48]
Remove ads
Sumber pemakanan
Walaupun 5-HTP ditemui dalam makanan dalam kuantiti yang tidak ketara, ia merupakan bahan kimia yang terlibat secara perantaraan dalam metabolisme triptofan, asid amino yang terdapat dalam semua makanan tidak terpecah, dengan jumlah kandungan asid amino yang lebih rendah dikaitkan dengan peningkatan penyerapan triptofan.[49]
Benih Griffonia simplicifolia, pokok renek memanjat yang berasal dari Afrika Barat dan Afrika Tengah, digunakan sebagai suplemen herba bagi kandungan 5-HTP mereka.[50][51][52] Dalam satu ujian pada 2010, ekstrak Griffonia simplicifolia nampaknya meningkatkan rasa kenyang pada wanita dengan berat badan berlebihan.[53]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads


