Abdul Hadi Yahya

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abdul Hadi Yahya (lahir 6 Mac 1985 di Klang, Selangor) adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang pernah bermain untuk pasukan Perak FA. Beliau bermain di posisi penyerang. Beliau bersara pada tahun 2018 kerana mengalami kecederaan ACL yang perlu memakan masa yang panjang untuk pulih.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Remove ads

Karier

Hadi memulakan kerjaya bolasepaknya di pasukan Piala Presiden Selangor FA dan mula mewakili pasukan senior pada tahun 2006. Beliau telah meninggalkan pasukan negeri kelahirannya pada tahun 2007 untuk menimba lebih banyak pengalaman, dan telah mewakili pasukan PKNS FC dan Kuala Lumpur FA.

Hadi kemudian berhijrah ke Pantai Timur untuk mewakili kelab PBDKT T-Team FC dalam Liga Super musim 2010. Untuk musim 2011, beliau bermain dengan pasukan negeri Terengganu. Di sini Hadi memperlihatkan kehebatannya sebagai seorang penyerang, dengan menjaringkan 20 gol untuk memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak liga,[1] dan membantu Terengganu menduduki tempat naib juara liga di belakang Kelantan FA.

Remove ads

Pasukan kebangsaan

Prestasi hebat Hadi Yahya dalam liga dalam tahun 2011 membuatkan beliau telah dipanggil mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Hadi membuat penampilan antarabangsa pertama sebagai pemain gantian, dan menjaringkan gol pertama beliau untuk Malaysia dalam tempoh 6 minit setelah dimasukkan, dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011.[2][3]

Gol-gol senior antarabangsa

Maklumat lanjut #, Tarikh ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads