Aishah Azman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nor Aishah Afika Azman Shah (lahir 8 Mei 1996) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau ialah adik kepada pelakon Afiq Muiz.[1][2]
Remove ads
Kerjaya lakonan
Tanpa menumpang populariti abangnya, Afiq Muiz yang terlebih dahulu berlakon, Aishah mahu berdiri atas bakat sendiri. Beliau mendapat peranan lakonan drama pertama sebagai Salina dalam drama Bagaikan Kelip-Kelip.[1]
Namanya mula menjadi perhatian melalui watak Bedah lakonannya dalam drama Namaku Bedah yang disiarkan di TV3.[3] Selain itu, beliau juga berlakon di samping Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Hannah Delisha dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer, memegang watak sebagai Melly.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Aishah bertunang dengan pelakon Syafie Naswip pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras. Perkara ini diakui sendiri oleh Syafie Naswip tanpa memberitahu tarikh sebenar pertunangan mereka putus.[4] Mereka mula menjalin hubungan cinta sejak 2018 dan memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka. Majlis itu dihadiri oleh seramai 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.[5][6] Tetapi tidak sampai beberapa bulan, pertunangan mereka telah putus.[7]
Remove ads
Filemografi
Drama
Telefilem
Televisyen
Videografi
Muzik video
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads