Ahmad Fadhli Shaari

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Ahmad Fadhli Shaari
Remove ads

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari (lahir 18 Julai 1980) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas. Di peringkat parti beliau ialah Ketua Penerangan PAS Pusat. Di peringkat antarabangsa beliau terkenal dengan karya Satira "Monyet, Kambing dan Biri-Biri".

Fakta Segera Yang Berhormat Tuan Haji JMK; AP, Didahului oleh ...
Remove ads

Latar belakang

Ahmad Fadhli dilahirkan pada 18 Julai 1980 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong pada 1992-1999, beliau kemudiannya mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu pada tahun 2000 sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri selama tiga tahun (2000-2003). Selepas mendapat Diploma Dakwah Wal Qiada di kolej ini, beliau melanjutkan pengajian di Kuliyyah Dakwah Islamiah, Universiti al-Azhar (2003-2004). Beliau juga mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) UNITAR pada tahun 2021. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Nor Yani Mohd Salleh dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Remove ads

Pilihan raya

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...

Anugerah

  • Kelantan :
    • Setia Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (J.M.K.) - (2025)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads