Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Remove ads

Yang Berhormat Senator Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (lahir 22 Mac 1970) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau ialah anak kepada bekas Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Fakta Segera Ahli Dewan Negara Malaysia, Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan ...

Beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli parlimen Bachok, Kelantan dari 16 Julai 2018 hingga 10 Oktober 2022 dan beliau juga menyandang ahli parlimen Pasir Mas, Kelantan dari 5 Mac 2013 hingga 9 Mei 2018.

Remove ads

Pendidikan

Nik Abduh dilahirkan pada 22 Mac 1970. Mula menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kota Jembal. Melanjutkan pendidikan menengah rendah di Madrasah Darul Anuar dan Maahad Muhammadi (Sekolah Lelaki). Selepas tamat belajar, beliau menyambung pelajarannya di dalam bidang keagamaan di Nadwatul Ulama Lucknow, India dan Darul Uloom, Deoband, India serta Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Kerjaya

Selepas tamat belajar, beliau menjawat jawatan sebagai seorang pendidik :

  1. Maahad Muhammadi (sekolah lelaki) pada tahun 1995 (selama 7 bulan)
  2. Maahad Muhammadi (sekolah perempuan) (1997-1998)
  3. Guru penolong kanan 1 (GPK1) di Maahad Darul Anuar (1998-1999)
  4. Mudir di Maahad Darul Anuar (2000-2002)
  5. Mudir di Akademi Nun Berhad (2003)
  6. Pengetua di Maahad Tahfiz dan Pengajian Ugama Nikmatillah (2004 – 2007).

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu selama 8 tahun.

Beliau bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya pada Pilihanraya Umum Ke 13 pada tahun 2013 di kerusi P.022 Pasir Mas dan memenangi mengalahkan Calon Bebas Dato' Ibrahim Ali.

Kini Ustaz Nik Mohamad Abduh menjawat jawatan Ahli Parlimen Bachok setelah memenangi dalam Pilihanraya Umum Ke 14 lalu dengan mengalahkan Calon Barisan Nasional, Awang Adek Hussin dan Calon Pakatan Harapan, Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292.

Remove ads

Politik

Dalam arena politik, Ustaz Nik Abduh memegang beberapa jawatan di peringkat Pusat sehingga ke Cawangan.

Pusat

  • Ahli Majlis Syura (2015-2020)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2013-2015)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2017-Kini)

Pemuda

  • Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2015-2017)
  • Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (2011-2013)
  • Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (2007-2011)
  • Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (2007-2009)
  • Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (2001-2007)

Kawasan

  • Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa (2001-2009)

Cawangan

  • Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Pulau Melaka.

Penulisan

Nik Mohamad Abduh pernah menghasilkan beberapa karya penulisan dalam bentuk buku, iaitu:

  • Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (2017). Arca Yang Berdiri. Kuala Lumpur: Jundi Resources. ISBN 9789675968679.
  • Nik Mohamad Abduh (Februari 2010). Sepahit Jadam. Kuala Lumpur: Jundi Resources. ISBN 9789834460662.
  • Nik Mohammad Abduh; Riduan Mohamad Nor (April 2012). Hikmah yang mengalir daripada sang murabbi. Kuala Lumpur: JUNDI Resources. ISBN 9789675968204.

Beliau turut aktif menerbitkan penulisan melalui kolum Terang Rembulan yang disiarkan di akhbar rasmi PAS, Harakah.

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Parti, Calon ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads