Ahmad Maslan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ahmad Maslan
Remove ads

Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan adalah Ahli Parlimen Pontian dari parti UMNO - Barisan Nasional dan merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Di dalam parti, beliau adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (menang bertanding) dan Ketua Bahagian UMNO Pontian. [2]

Fakta Segera Yang Berhormat Datuk Seri Dr.SMW (WP); DMSM, PJK (Melaka), Timbalan Menteri Kerja Raya ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor pada 30 April 1966. Ayahnya berbangsa Melayu dan ibunya berbangsa cina, keduanya adalah penoreh getah. Kehidupan awal dikampung agak sukar kerana tiada kelengkapan asas seperti, air, elektrik dan jalan raya yang menghubungkan ke bandar yang berdekatan. Kemudahan asas ini hanya dinikmati ketika usianya menjangkau 30 tahun. Bagaimanapun kekurangan ini tidak menghalang beliau untuk cemerlang dalam pelajaran.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubok Sipat, Benut, Pontian, Johor dan menjadi pernah menjadi Tokoh Murid disitu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri di peringkat kebangsaan. Kecemerlangan pelajarannya terbukti apabila kerajaan menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dari Universiti Victoria, Wellington New Zealand (1986 - 1988).

Keinginan untuk menimba ilmu tidak pernah padam. Pada tahun 2001, beliau mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di UKM di dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA). Beliau kemudiannya, berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2003 dan menerima Anugerah Emas Siswa dengan CGPA 3.85.

Pada tahun 2021, sekali lagi beliau menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Univerisiti Utara Malaysia (UUM) dan 4 tahun kemudian berjaya menamatkan pengajian setelah lulus menjalani sesi viva dengan minor correction. Penyelidikan PhD beliau bertajuk Sistem Komunikasi Kerajaan Malaysia: Satu Analisis Pembingkaian Pelaksanaan Sistem Goods and Services Tax (GST).

Remove ads

Pendidikan

  1. (1973 hingga 1978) Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian.
  2. (1979 hingga 1983) Sekolah Menengah Sains Johor. Kluang, Johor (Skolah Brasrama Penuh).
  3. (1984 hingga 1985) Tingkatan Enam di Rosehill College, Auckland, New Zealand.
  4. (1986 hingga 1988) Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik) di Universiti Victoria, New Zealand.
  5. (2001 hingga 2003) Ijazah Sarjana (Pentadbiran Perniagaan) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  6. (2021 hingga 2025) Ijazah Doktor Falsafah (Komunikasi) di Universiti Utara Malaysia
Remove ads

Kerjaya

  1. 1989 hingga 1990: Pengurus Operasi Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand.
  2. 1991 hingga 1994: Penolong Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri.
  3. 1994 hingga 1995: Setiausaha Sulit Kanan kepada Y. B. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timbalan Menteri Kewangan).
  4. 1995 hingga 2000: Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi).
  5. 2000 hingga 2005: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang).
  6. 2005 hingga 2008: Pengarah SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri.
  7. 8 Mac 2008 hingga kini: Ahli Parlimen Pontian.
  8. 9 April 2009 hingga 14 Mei 2013: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  9. 15 Mac 2013 hingga 2015: Timbalan Menteri Kewangan II Kerajaan Malaysia.
  10. 2015 hingga 9 April 2018: Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa I Kerajaan Malaysia.
  11. 10.12. 2022-12.12.2023: Timbalan Menteri Kewangan I, Kementerian Kewangan (MoF)
  12. 13.12.2023 hingga sekarang: Timbalan Menteri Kerja Raya.

Politik

Penglibatan di dalam politik bermula seawal bergelar pelajar apabila mengetuai Kelab UMNO Wellington, New Zealand pada tahuan 1990. Sekembalinya ke tanah air Ahmad Maslan menjawat pelbagai jawatan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga peringkat Bahagian UMNO Pontian bermula tahun 1991. Beliau juga pernah bekerja dengan mantan tokoh UMNO Dato' Sri Mustapa Mohamed sebagai Setiausaha Sulit Kanan (1994-1995) dan Setiausaha Politik (1995-1999).

Penglibatan aktif di dalam parti diteruskan sehingga menjawat jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia pada tahun 2009 hingga 2016. Kemudiannya sebagai Setiausaha Agung UMNO pada 2020 hingga 2023.

Tahun 2023 merupakan tahun yang penting apabila, Ahmad Maslan memenangi jawatan Ketua Bahagian UMNO Pontian dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor. Pada masa yang sama sebagai Ketua Sekretariat War Room, UMNO Malaysia.

Semasa dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, jawatan ini pernah disandang oleh tokoh-tokoh politik UMNO terdahulu seperti Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, Datuk Mustapa Mohamed, Tan Sri Mohd Yusof Noor dan Tan Sri Husein Ahmad. Sebagai Ketua Penerangan UMNO beliau telah mengusahakan menarik golongan muda menyertai UMNO. Daripada 11.7 juta pengundi, hampir separuh adalah golongan muda di bawah 40 tahun. Daripada 11.7 pengundi di Malaysia, terdapat 4.38 juta yang sudah mencecah usia 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pengundi dan daripada jumlah itu 2.85 juta atau 60% adalah Bumiputera. Beliau telah beberapa kali di dalam jawatakuasa Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian pada tahun 2023 beliau berada di tempat ketiga pemilihan dengan 167 undi.

Remove ads

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia

Kecemerlangan beliau ketika memimpin rakyat terbukti apabila bertanding mewakili Barisan Nasional selama empat penggal bermula tahun 2008 hinggalah 2022 dan memenangi setiap pilihan raya yang diadakan.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23121.

Calon lawan ialah Mohd Annuar Bin Mohd Salleh dari PKR mendapat 8,677 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 75.8 %. Undi rosak sebanyak 1008.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Ahmad Bin Maslan bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pontian , negeri Johor. Ahmad Bin Maslan telah menang dengan mendapat undi sebanyak 27,804.

Calon lawan ialah Haniff @ Ghazali bin Hosman dari PKR mendapat 14,077 undi - Kalah . Dan mencatatkan majoriti sebanyak 13,727 undi. Undi PKR meningkat sebanyak 5,400 undi kerana pengundi muda mula memberi peluang dan ruang kepada PKR dan tidak yakin dengan kredibiliti YB Ahmad bin Maslan dari Barisan Nasional. Ahmad bin Maslan lebih popular di kawasan Benut dan tidak popular di kawasan Pontian Kechil.

Rakyat marhaen di kawasan ini lebih senang untuk berjumpa dan membuat aduan dengan Adun Pekan Nenas YB Yeo Tung Siong dari DAP. Ahmad bin Maslan lebih cenderung berada di tapak pasar malam dan pasar tani di kawasan Pontian untuk lebih mendekati rakyat marhaen.

Maklumat lanjut Tahun, Penyandang ...
Remove ads

Kontroversi

Setiausaha Agung Barisan Nasional

Selepas Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional[5] kerana sering mempertikaikan Pengerusi Barisan Nasional, pelantikan Ahmad sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional oleh Ahmad Zahid Hamidi pula tidak mendapat persetujuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional.[6] Zambry Abdul Kadir kemudiannya dipilih menggantikan tempat beliau.[7]

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II

Ahmad telah dicalonkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob bagi mewakili Barisan Nasional. Namun pencalonan itu tidak mendapat sokongan dari Perikatan Nasional terutamanya BERSATU, walaupun PAS menyokong[8] kerana Ahmad masih ada kes yang dibicarakan di mahkamah.[9] BERSATU telah menetapkan untuk berkecuali untuk mengundi jika Ahmad masih dicalonkan.[10] Nga Kor Ming pula dicalonkan oleh Pakatan Harapan.[11]

Remove ads

Anugerah

  1. Darjah Seri Mahkota Wilayah (DSMW). Dikurniakan oleh DYMM Seri Paduka Baginada Yang DiPertuan Agung, Sultan Muhammad V pada tahun 2018.
  2. Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). Dikurniakan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada tahun 2009.
  3. Pingat Jasa Kebaktian (PJK). Dikurniakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun 2004.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads