Aidil Aziz

From Wikipedia, the free encyclopedia

Aidil Aziz
Remove ads

Mohd Aidil Abdul Aziz (Jawi: عيد العزيز; lahir 26 Julai 1987) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali dengan melakonkan watak sebagai Saiful di dalam drama Saiful Nita di Slot Samarinda TV3.[1] Populariti Aidil mula melonjak naik selepas kejayaan lakonan beliau dalam drama itu, yang memegang watak utama sebagai Saiful dan digandingkan bersama pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang diarahkan oleh Emi Maziah.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di Seri Kembangan, Selangor. Aidil bertunang dengan pelakon Fasha Sandha pada 18 November 2018 dan majlis pertunangan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.[3][4] Mereka berdua sebelum ini pernah menafikan pertunangan mereka sebelum membuat pengumuman rasmi.[5] dia berkahwin dengan Fasha Sandha pada 2019.

Kontroversi

Pada 7 Oktober 2016, Aidil dan dua rakannya dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan mengedar dadah jenis ganja seberat 465.61 gram mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut[6] dan dibebaskan dari tali gantung.[7]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads