Dalam Setiap Sujud

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Dalam Setiap Sujud ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Raja Ahmad Alauddin dengan idea asal dan skrip oleh Mufid Suhaimi, yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Jogjakarta, Indonesia.[1] Dibintangi oleh Fathia Latiff, Azlee Khairi dan Keith Foo, drama ini bersiaran di Slot Ratu TV9 dari 8 Januari 2013 hingga 25 Februari 2013 menggantikan Terlanjur Cinta. Pada tahun 2014, drama ini diulang siar di Slot Samarinda TV3.[2][3]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads
Remove ads

Sinopsis

Kehadiran Jannah (Fathia Latiff), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi). Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

  • Laurentia Anindita sebagai Tila
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads