Aizat Amdan

penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Aizat Amdan
Remove ads

Muhammad Aizat Amdan (lahir 21 Januari 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima bersama Dafi, Mila Jirin dan Heliza Helmi. Beliau suka mencipta lagu dan lirik. Beliau juga pandai menari dan mempunyai kebolehan melukis komik. Lagu beliau yang paling popular ialah "Kau Aku" yang menjadi tema untuk drama Merah Putih. Pada tahun 2010 beliau telah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 serta bergelar pemenang trofi Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-16 menerusi lagu "Lagu Kita". Beliau merupakan pemenang termuda untuk kedua-dua anugerah itu setakat ini.[1]

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 21 Januari 1989 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, lima lelaki dan seorang perempuan kepada pasangan Amdan Mat Din (1957 – 9 Januari 2019), seorang pesara hakim dan Fina Norhizah Baharu Zaman. Ibu bapanya bercerai ketika Aizat masih kecil.[2]Beliau bersekolah di St.John Institution

Kerjaya

Beliau telah menulis lagu dan menyanyi sejak berusia 12 tahun ketika mula belajar bermain gitar bersama abangnya, Anas. Aizat beraksi di persembahan sekolah dan tampil di pertandingan peringkat sekolah. Beliau menulis lagu "Lagu Kita" ketika menuntut Tingkatan 3, yang kemudiannya dimuatkan dalam album pertama Aizat, Percubaan Pertama.[3]

Setelah tamat pengajian dari sekolah menengah, Aizat menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kelima dan diterima sebagai seorang daripada 12 orang peserta akhir. Beliau menyanyikan lagu "Perpisahan" nyanyian Anuar Zain dan persembahannya dianggap sebagai salah satu persembahan terbaik. Aizat mendapat tempat ke-7.[4]

Pada 7 Julai 2007, beliau dan keluarganya menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE). Dari situ, beliau melancarkan tiga buah album melalui label ini dan telah menganjurkan beberapa konsert di seluruh Semenanjung Malaysia dan Borneo.[5]

Pada 14 September 2011, Aizat bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Muda Negara 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato' Sri Najib Tun Razak bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54.[6] Aizat membuat penampilan khas sebagai Ijoi dalam filem Istanbul Aku Datang! arahan Bernard Chauly pada tahun 2012.

Beliau melancarkan EP pertamanya, Legasi pada 27 Mei 2014 dalam format piring hitam. Bagi menyiapkan album ini, beliau terbang ke Jerman untuk mencetak piring hitam ini kerana Malaysia tidak mempunyai kemudiahan mencetak kulit hitam. Legasi memuatkan sebanyak lima buah lagu dengan kolaborasi bersama Yuna Zarai, Zee Avi, Noh Salleh dan Azlan & The Typewriter.[7][8] Bagaimanapun, album ini hanya boleh didapati melalui bidaan dan tidak dijual di pasaran terbuka.[9]

Remove ads

Keluarga

Pada 9 Januari 2019 pukul 1.09 pagi, bapa beliau Datuk Amdan Mat Din yang ketika itu berumur 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur selepas menderita serangan angin ahmar sejak Disember 2017.[10][11][12]

Diskografi

Album studio

EP

Runut bunyi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk Lagu ...
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM), Tahun ...

Anugerah Juara Lagu

Maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu (AJL), Tahun ...

Anugerah Planet Muzik

Maklumat lanjut Anugerah Planet Muzik, Tahun ...
Maklumat lanjut Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Tahun ...

Lain-lain

  1. Tempat ke-3 Lagu Terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 menerusi lagu "Lagu Kita"
  2. Anugerah Khas Juri sebagai penghibur terbaik Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads