Perlawanan All-Star Major League Baseball

Perlawanan persahabatan menampilkan pemain MLB mewakili setiap liga From Wikipedia, the free encyclopedia

Perlawanan All-Star Major League Baseball
Remove ads

Perlawanan All-Star Major League Baseball (bahasa Inggeris: Major League Baseball All-Star Game, atau dikenali sebagai "Midsummer Classic") merupakan perlawanan besbol yang diadakan tahunan oleh Major League Baseball (MLB) dan melibatkan all-star dari American League (AL) dan National League (NL). Pemain utama akan dipilih oleh peminat, pitcher akan dipilih oleh pengurus dan pemain simpanan pula akan dipilih oleh pemain dan pengurus.

Fakta Segera Perlawanan All-Star Major League Baseball, Kekerapan ...

Perlawanan ini biasanya akan berlangsung pada hari Selasa kedua dan ketiga pada bulan Julai bagi menandakan titik tengah perjalanan musim MLB (walaupun bukan perkiraan tepat tetapi ia buat sebahagian besar aksi musim telah berjalan). Kedua-dua liga akan menguatkuasakan All-Star break, untuk menandakan tiada perlawanan musim dijadualkan mulai dua hari[1] sebelum Perlawanan All-Star kecuali aksi malam Selasa yang diadakan pada musim 2018. Terdapat beberapa festival dan program berkaitan sukan ini telah dijalankan semasa dan menjelang rehat musim.

Tiada perlawanan All-Star MLB dilangsungkan pada tahun 1945 berikutan Perang Dunia Kedua dan pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19. Dua perlawanan All-Star telah dilangsungkan pada setiap musim dari tahun 1959 sehingga 1962. Perlawanan terkini All-Star dijalankan pada 11 Julai 2023 yang bertempat di T-Mobile Park di Seattle, iaitu gelanggang bagi pasukan AL, Seattle Mariners.

Remove ads

Keputusan perlawanan

Maklumat lanjut Tarikh, Liga menang (Rekod sepanjang zaman) ...
Maklumat lanjut American League, National League ...
Remove ads

Rekod All-Star

All-Star sulung
  • Pemain All-Star sulung dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran - Babe Ruth, 1936
  • Rookie All-Star sulung - Joe DiMaggio, 1936
  • Pemain All-Star sulung daripada keturunan Afrika - Roy Campanella, Larry Doby, Don Newcombe dan Jackie Robinson: 1949
  • MVP All-Star sulung - Maury Wills, 1962
Rekod perlawanan All-Star

(1959-1962 mempunyai dua perlawanan All-Star Games manakala tahun 1945 dan 2020 tidak melangsungkan perlawanan All-Star)

  • Kemunculan terbanyak perlawanan All-Star - Hank Aaron, 21[2]
  • Perlawanan All-Star Terbanyak - Hank Aaron, 25[2]
  • Anugerah MVP Perlawanan All-Star Terbanyak - Willie Mays, Steve Garvey, Gary Carter, Cal Ripken Jr. dan Mike Trout: 2
  • Pukulan perlawanan All-Star terbanyak - Willie Mays, 23
  • Runs batted in perlawanan All-Star terbanyak - Ted Williams, 12
  • Home run perlawanan All-Star terbanyak - Stan Musial, 6
  • Grand slam perlawanan All-Star terbanyak - Fred Lynn, 1
  • Stolen base perlawanan All-Star terbanyak - Willie Mays, 6
  • Kemenangan perlawanan All-Star terbanyak (untuk pitcher) - Lefty Gomez, 3
  • Strikeout perlawanan All-Star terbanyak - Don Drysdale, 19
Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads