Karak (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Karak (filem)
Remove ads

Karak merupakan sebuah filem seram fantasi Malaysia 2011 arahan Yusry Abd Halim. Ia ditayangkan di panggung-panggung wayang seluruh Malaysia pada 26 Mei 2011.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Jalan cerita

Sekumpulan empat sahabat yang merupakan pelajar kolej terdiri daripada Nik, Zura, Ida dan Jack sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan melalui Lebuhraya Karak Lebuhraya Pantai Timur selepas percutian mereka di Kuala Lumpur. Namun, kesesakan luar biasa di lebuh raya tersebut di Persimpangan Karak menyebabkan mereka memilih untuk keluar dari lebuh raya dan sebaliknya melalui Laluan Persekutuan LP 2. Semasa berhenti rehat di pekan Karak, Nik dan Jack diganggu hantu semasa berada di sebuah tandas yang usang dan tidak terurus. Semasa mereka meneruskan perjalanan di jalan raya persekutuan itu, sekali lagi mereka diganggu hantu sehingga menyebabkan kereta yang dipandu Jack hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung. Setelah Zura berjaya mendapatkan rakan-rakannya, mereka menjumpai sebuah rumah di dalam hutan yang didiami oleh Tok Malam serta sepakat untuk menumpang di rumah tersebut sementara menunggu hari siang untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, pelbagai kejadian seram telah berlaku semasa mereka berada di rumah tersebut. Adalah didedahkan bahawa hantu-hantu yang mengganggu mereka selama ini asalnya merupakan hantu belaan arwah isteri Tok Malam, manakala pada penghujung cerita pula didedahkan bahawa Nik, Ida dan Jack sebenarnya sudah mati akibat kemalangan tersebut; "rakan-rakan" Zura semasa di rumah Tok Malam pula adalah hantu-hantu yang mahu menyesatkan Zura.

Remove ads

Barisan pelakon

  • Shahir Zawawi sebagai Nik
  • Shera Aiyob sebagai Zura
  • Along Eyzendy sebagai Jack
  • Kilafairy sebagai Ida
  • Sidek Hussain sebagai Tok Malam
  • Siti Nurfatihah Md Aziz sebagai Nenek tua/Perempuan baju kebaya
  • Fazli Daniel Ali sebagai Budak buta
  • Syed Ali Tar Mohd sebagai Abang Ida
  • Mohd Fared Basri sebagai Hantu langsuir
  • Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi sebagai Watak suami
  • Sherry Nor Shella Soep sebagai Watak isteri
  • Mozalfa Faisa sebagai Polis
  • Mohamad Forzan Ghazali sebagai Polis
  • Bobby Shree sebagai Pemandu Lori
  • Abdul Latif Samsuri sebagai Hantu Kepala 3
  • Soffi Jikan sebagai Pengemis
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads