Amber Chia

Model dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Amber Chia
Remove ads

Amber Chia (Cina Ringkas: 谢丽萍, Cina Tradisional: 謝麗萍, pinyin: Xiè Lìpíng; lahir 14 Disember 1981) ialah seorang peragawati dari Malaysia. Beliau dibesarkan di bandar Tawau, Sabah. Beliau memulakan kerjaya permodelan pada usia 17 tahun, setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur. Chia meraih kenamaan antarabangsa setelah dipilih sebagai salah seorang daripada 15 orang finalis peraduan Guess Watches Timeless Beauty pada tahun 2004, serta diundi sebagai Best Top Model oleh Malaysian International Fashion Awards pada tahun 2004 dan 2005. [1] Salah satu ciri-ciri zahir beliau yang terpenting ialah bibir bermuncung yang jarang didapati pada orang Cina Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...

Sebilangan syarikat terkemuka pernah menggunakan khidmat Chia dalam iklan mereka, termasuk Sony, L'Oréal, dan Mitsubishi. ini menyebabkan para pengkritik mendapati beliau terlebih pendedahan, serta tanggapan bahawa beliau lebih gemar memilih untuk mendukung produk secara senyap-senyap. Pihak-pihak tersebut juga menitikberatkan ketidakfasihan beliau berbahasa Inggeris (beliau fasih berbahasa Kantonis dan Mandarin), sungguhpun ini dikatakan adlaah disebabkan diri beliau dibesarkan di Tawau di mana kebanyakan penduduknya hanya fasih dalam loghat tempatan.[2]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pengurusnya Adrian Wong pada Mac 2010.[3] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ashton Wong; lahir pada September 2010.[4]

Kerjaya

Chia juga pernah menimbulkan rasa ketidakpuasan sesetengah pihak kerana muncul dalam edisi Indonesia majalah Playboy.[5] namun begitu, gambar-gambar yang diambil belaiu tidak sesekali berbogel, dan Chia menegaskan bahawa fotonya "menghormati budaya, bergaya dan membelai rasa tetapi tidak lucah.” Foto beliau muncul dalam seksyen "Selebriti" majalah itu.

Chia juga pernah mencuba bidang lakonan lalu menemui kejayaan dalam beberapa terbitan tempatan seperti filem The 3rd Generation, Possessed, dan Trio & a Bed. Kini belaiu mempunyai blog sendrinya di laman web rasmi beliau dan blog itu sering dikemas kini dengan banyak masukannya mengenai tugasan peragaan , percutian luar negara dan hidup peribadi beliau.

Remove ads

Filemografi

Filem

Drama

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads