C. Kumaresan

Pelakon dan pengarah Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kumaresan Chinnaya (Tamil: குமரேசன் சின்னாயா; lahir 9 September 1974) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai DSP Kumar dalam drama kepolisan Gerak Khas (2004–2011, 2014–2021).[2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi siri drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai DSP Kumar.[3] Beliau (sejak ketiadaan Angeline Tan dan Nancie Foo) ialah satu-satunya pelakon bukan Melayu bukan Islam yang berlakon dalam Gerak Khas. Selain itu, Kumaresan menduduki kerusi pengarah menerusi filem Maindhan yang ditayangkan pada Ogos 2014. Beliau juga memegang watak pembantu sebagai ASP Kumar dalam filem cereka sains 2016, Desolasi arahan Syafiq Yusof.

Dari 27 hingga 31 Ogos 2017, beliau memegang watak sebagai Suppiah dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Kumaresan juga memegang sebagai Murali dalam filem Dukun arahan Dain Said.

Beliau mengarahkan drama adaptasi novel karya Zulkifli Ahmad Idrus, Mata Ketiga yang memulakan tayangan perdana di Tonton pada 31 Oktober 2018, dibintangi oleh Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Che Azmi dan Dayana Roza.[4]

Remove ads

Kehidupan peribadi

C. Kumaresan dilahirkan dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua anak.[perlu rujukan]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads