Andainya Takdir (musim 2)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Musim kedua Andainya Takdir, juga dikenali sebagai Andainya Takdir 2 memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 bermula pada 13 Jun 2018 hingga 2 Ogos 2018. Drama ini berjaya meraih penarafan terbanyak seramai 12 juta penonton menurut Nielsen Audience Measurement.[1]

Fakta Segera Dibintangi oleh, Negara asal ...

Ia boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Remove ads

Sinopsis

Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Penerbitan

Along Kamaludin pada awalnya mahu terus mengarah drama ini, namun mengundurkan diri kerana perbezaan kreatif. Beliau digantikan oleh Eoon Shuhaini.[4]

Sambutan

Maklumat lanjut EPISOD PERTAMA, EPISOD AKHIR ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads