Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 ialah anugerah tahunan yang disampaikan oleh TV3, ntv7, 8TV dan TV9 untuk drama dan telefilem terbaik tahun 2018.[1] Ia berlangsung pada 7 April 2019 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Awal Ashaari. Tema bagi acara ini ialah Positif Selalu. Izzue Islam dan Janna Nick dilantik sebagai duta bagi anugerah yang dianjurkan buat kali kelima.[2]

Fakta Segera Jenis, Tarikh ...

Drama Nur telah memenangi 6 anugerah termasuk Drama Pilihan.[3] DFKL 2019 diadakan seminggu selepas Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung pada 30 Mac 2019.

Remove ads

Gambaran keseluruhan

Pengumuman rasmi bagi Anugerah DFKL 2019 dibuat pada Februari 2019. Untuk tahun keenam penganjurannya, DFKL mengekalkan objektif utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri drama.[4]

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, DFKL 2019 mengadakan sesi uji bakat, siri jelajah, sesi kongsi idea, pertandingan drama pendek dan undian atas talian dan seterusnya acara kemuncak akan diadakan Malam Anugerah DFKL 2019 bagi mengumumkan pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan dan beberapa pembaharuan akan dilakukan. DFKL 2019 juga telah memperkenalkan tema ‘Positif Selalu’ (digayakan “#positifselalu”) yang dijadikan sebagai tunjang bagi sesi kongsi idea dan pertandingan drama pendek.[5]

Remove ads

Pemenang dan pencalon

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda (double-dagger).[6]

Drama Pilihan
Aktor Pilihan
Aktres Pilihan
Antagonis Pilihan
Skrip Pilihan
Pengarah Pilihan
Lagu Tema Pilihan
Drama Pendek Pilihan
  • Orang Kita - Mohamad Edzuan
    • Roti Jala Online - Samsul Salleh
    • Nelayan Siblings - Creative Details Filming
    • Butang Hukum - Ahmad Syukri
    • Kampung Sosialit - Liyana Sulong
Drama Rantaian Cina Pilihan
  • My Sensei Nyonya - Mediacorporation Sdn Bhd
    • Dr. Chen's Diary - Maze Studios Sdn Bhd
    • Singing in The Spring - Maze Studios Sdn Bhd
    • Persona II - The Rock Productions Sdn Bhd
    • Super Mischievous Mil - Double Vision Sdn Bhd
Pasangan Pilihan
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads