Nina Iskandar

Pelakon wanita Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nur Akmalina Iskandar (Jawi: نور اكملينا إسكندر; lahir 4 Ogos 1991)[1] ialah seorang pelakon dan model wanita Brunei.[2] Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem Muka Surat Cinta (2014) arahan Pierre Andre dan sejak itu, beliau muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011. Sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara dua penyiar awam, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[4]

Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei.[5] Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions dan ditayangkan pada 23 Februari 2013.[5]

Pada 16 Januari 2014, beliau membintangi bersama Mikail Andre dalam filem drama romantik Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, yang menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Luna.[6]

Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3, lakonan bersama Shukri Yahaya dan Puteri Balqis.[7][8] Beliau juga berlakon sebagai watak utama bersama Fahrin Ahmad dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi yang disiarkan di TV3, dengan melakonkan watak sebagai Marina.[9]

Beliau memegang watak sebagai Hana dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Puteri Aishah yang bersiaran di TV2.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Nina ialah anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.[10]

Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan,[11] namun beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya lakonan.[11]

Nina terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bibirnya koyak dan hidungnya patah semasa kemalangan melibatkan kereta milik beliau dan dua kereta lain pada 27 November 2018 di Kuala Lumpur.[12][13][14] Beliau berkata dalam temubual bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya sedang memandu di laluan tengah dan tiba-tiba kereta saya dilanggar,".[15] Insiden itu juga mengakibatkan Nina mengalami trauma.[16][17]

Pada 23 Mac 2019, Nina mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan yang telah mencalarkan imejnya dengan menerbitkan sebuah rencana yang berbaur fitnah. Portal tersebut memuat naik rencana itu dan menuduh beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah drama sehingga menyebabkan pengarah itu bercerai dengan isterinya.[18][19][20]

Beliau berkahwin dengan Azlan Adzanan pada 4 Ogos 2019, iaitu sempena hari ulangtahun Nina ke-28.[21] Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang dilahirkan pada 23 Disember 2019.[22]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads