Andi Bernadee

Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Andi Azrul Andi Mapangile​ (lahir 30 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Andi Bernadee merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Beliau terkenal menerusi lagu "Satu Peluang"[2] dan "Donde". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.[3] Beliau juga terkenal menerusi drama pertama lakonan beliau berjudul Melastik Ke Hatimu.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Permulaan kerjaya

Bakat Andi dikesan selepas sering memuatnaik video nyanyian di aplikasi karaoke atas talian, Smule. Lagu pertama yang didendangkan beliau ialah "Aku Bukan Abang Toyib" mendapat perhatian umum. Beliau terpilih sebagai rakyat Malaysia pertama untuk ditampilkan di iklan Smule secara global.

Andi mula menjadi tular selepas portal Siakap Keli berkongsi video nyanyian beliau menerusi lagu "Putus Terpaksa" nyanyian asal Ziana Zain. Ia mendapat lebih 830,000 tontonan. Andi kembali menjadi tular menerusi video parodi lagu "Tak Tun Tuang".

Ketika masih belum mempunyai lagu rakaman sendiri, Andi sudahpun menerima banyak undangan persembahan. Pada Mac 2017, beliau merakamkan single pertama berjudul "Tiada Lagi Maaf", namun sambutan yang diterima kurang memberansangkan.[4] Pada Mei 2018, beliau tampil dengan rakaman semula lagu rap Indonesia, "Semalam Sahur Di Mana" dendangan asal Roy Ricardo, begitupun masih belum cukup kuat untuk menempatkan namanya dalam dunia hiburan. Selain itu, Andi juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti ,namun nasib tidak menyebelahi beliau.

Andi menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta kedua tersingkir.[5][6][7]

Kerjaya nyanyian

Kerjaya nyanyian beliau mula melonjak naik selepas beliau melancarkan single ketiganya, "Satu Peluang" hasil ciptaan Alif Sleeq pada October 2018 . Beliau melancarkan single keempatnya, "Donde" pada Mac 2019 dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan berjaya raih 1 juta tontonan dalam masa dua hari. Donde merupakan perkataan dalam Bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana' dan ia bersesuaian dengan lirik lagu tersebut.[8] Pada December 2019 , beliau melancarkan sebuah lagu duet bersama Ismail Izzani berjudul " Hello " dan juga merupakan kolaborasi pertama beliau . Beliau melancarkan single kelimanya , " Shimmy " pada Febuari 2020. Pada September 2020, beliau melancarkan single enamnya dan juga merupakan single ballada kedua beliau berjudul " Penat ". Lagu ini juga ditulis oleh seorang rapper muda yang sedang meningkat naik iaitu Yonnyboii . Setelah hampir setahun lebih menyepi dalam dunia nyanyian , beliau kembali dengan single terbaru yang bertajuk DU pada 20 March 2022 . DU yang juga singkatan kepada perkataan rindu ini memceritakan tentang bagaimana rindunya Andi kepada dunia nyanyian dan peminatnya setelah lama berehat . Andi juga kekal menggunakan khidmat Alyph bagi tujuan komposer dan penulis lirik lagu DU ini . Beliau juga lebih dikenali sebagai seoarang penyanyi yang membawa genre raggaeton di Malaysia sehingga ada yang menggelar dirinya sebagai " King Of Raggaeton " dan " Raja Raggaeton "

Kerjaya lakonan

Kerjaya lakonan Andi bermula menerusi telefilem Korban Penunggu Hospital arahan Eyra Rahman yang bersiaran di Astro Citra.[9] Beliau meneruskan kerjaya lakonan beliau dengan telefilem seperti Geng Big Stage Beraya, Cerita Raya Luar Biasa dan Balik Kampung Tak Lonely Lagi. Pada tahun 2021, Kerjaya lakonan beliau mula mendapat perhatian umum apabila beliau digandingkan bersama heroin beliau, Janna Nick dalam drama bersiri slot lestary TV3, Melastik Ke Hatimu arahan Azmi Hatta. Drama siri popular tersebut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan berjaya meraih rating berjumlah 10 juta penonton sepanjang 13 episod. Drama tersebut juga dinobatkan sebagai Drama Popular 2021 di Anugerah Drama Sangat dan berjaya menewaskan drama drama popular yg lain seperti 7 hari mencintaiku 2 . Andi turut muncul dalam drama bersiri 4 episod Jom Mak, Raya KL sempena syawal 2021. Pada tahun yang sama, Andi muncul dalam drama Perisik Cinta Tak Diundang digandingkan dengan Shiha Zikir

Andi juga menjadi pengacara tetap di dalam rancangan " Master In The House Malaysia " bersama rakan rakan selebriti seperti Hael Husaini, Sharifah Rose, Scha Elinnea dan ahli kumpulan Cassia Meyrasam . Rancangan 10 episod yang berdasarkan rancangan realiti Korea Selatan Master In The House (MITH), adalah produksi bersama Primeworks Studios dan SBS Korea .

Pada tahun 2022 , Andi mula mencorak langkah dalam bidang pengacaraan . Andi mengacara rancangan pertamanya iaitu Sampaikan Raya bersama Janna Nick pada malam raya 2022 .

Andi juga mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Andidears yang sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong kerjaya seninya.

Beliau juga telah dilantik sebagai duta pertama jenama selipar iaitu Fipper .[10][11][12]

Big Stage (musim 1)

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Maklumat lanjut Konsert, Tema ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Andi Bernadee dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan seorang yang berketurunan Bangsawan Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Andi Bernadee sebelum ini pernah didakwa jadi punca pelakon dan penyanyi Bella Nazari putus tunang.[13]

Andi Bernadee juga pernah didakwa bercinta dengan penyanyi Sarah Suhairi kerana sering berbalas komen di laman instagram.

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Single promosi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filemografi

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...


Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads