Sissy Imann
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sissy Imann Mohammad Kamil (Jawi: سيسي ايمان محمد کميل; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi, pelakon, selebriti, instafamous dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu".[1] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama.[2][3]
Remove ads
Kehidupan awal
Sissy Imann dilahirkan pada 24 Oktober 1995 di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.[4]
Kerjaya
Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.[5]
Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.[6]
Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.[7]
Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[8][9]
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.[10]
Pada 27 Mac 2019, Sissy muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.[11] Bermula pada Ogos 2019, beliau menjadi pengacara baru rancangan Muzik Muzik memggantikan Daiyan Trisha yang telah tamat kontrak selepas 6 bulan.[12][13]
Big Stage (musim 1)
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Remove ads
Diskografi
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads