Anne Ngasri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berbahagia Datin Hajah Naszriah Ngasri (lahir 18 Disember 1984) atau lebih dikenali sebagai Anne Ngasri merupakan seorang ahli politik dan pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelakon kanak-kanak, dan dikenali sebagai seorang pelakon drama dan filem, serta seorang ahli politik di Malaysia dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan aktif dalam Puteri UMNO.
Remove ads
Kehidupan awal
Anne Ngasri dilahirkan pada 18 Disember 1984 di Kuala Lumpur dan merupakan anak kelima kepada pasangan personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ngasri Sain (lahir 1950) dan Habibah Jaafar (lahir 1954). Beliau merupakan adik kepada Nasliza Ngasri (lahir 1972); Naszeli "Boy" Ngasri (lahir 1974); Nasrizal "Bell" Ngasri (lahir 1980), Nasreen "Darling" Ngasri (lahir 1982), dan kakak kepada Nassuhada Ngasri (lahir 1996).
Remove ads
Kerjaya lakonan
Memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia 3 tahun. Bemula dengan iklan TV dan akhbar kemudian beralih ke medium TV. Antara iklan yang popular di zaman kanak-kanaknya ialah Grandy's, Colgate, Nespray, Dutch Lady dan banyak lagi. Apabila meningkat dewasa, beliau turut terlibat dalam iklan jenama tudung Siti Khadijah, Bawal Exclusive, dan portal Mudah.my. Drama-drama penglibatannya ialah Cili Padi, Anak Angkat, dan lebih 200 tajuk drama.
Remove ads
Kerjaya politik
Anne Ngasri mula aktif dalam politik khususnya dalam parti UMNO sejak tahun 2013. Beliau diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO Cawangan Dataran Merdeka pada tahun 2013[3]. Beliau juga merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang sejak 2013 hingga 2018[4]. Dalam Pemilihan UMNO 2018, beliau telah terpilih menjadi EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2019, beliau diberi ruang menyampaikan perbahasan mewakili Puteri UMNO dalam sesi Ucapan Perbahasan Perwakilan[5].
Kerjaya perniagaan
Anne Ngasri mula menjalankan perniagaan tudung dengan jenama Anne Ngasri Exclusive (AN Exclusive). Perniagaannya berjalan di atas talian menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram. Anne Ngasri menerusi jenamanya AN Exclusive juga terpilih menjadi Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrities Squad) yang berpeluang memasarkan perniagaannya di laman pasaraya atas talian (marketplace), Shopee[6].
Remove ads
Kehidupan peribadi
Anne Ngasri pernah mendirikan rumahtangga bersama Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan berpisah pada 25 Jun 2010[7]. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits (Lahir pada 2006) , Abdul Wafri (Lahir 2008) dan Nazharah Afrozah (Lahir 2010).
Anne Ngasri kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan ahli politik Dato’ Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sufi Harraz (Lahir 2013) dan Nefa Naura (Lahir pada 28 November 2018).[8]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama/Telefilem
Teater
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan darjah kebesaran
Anugerah
- 1994 - Memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 1994 menerusi Telefilem, Anak Angkat, dan merupakan pemenang pertama bagi kategori ini
- 1995 - Dicalonkan Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang-Bintang Popular 1995, dan merupakan artis termuda yang pernah dicalonkan dalam kategori ini (11 Tahun)
- 1996 - Dicalonkan Artis Remaja Popular, Anugerah Bintang Popular-Berita Harian 1996
- 2016 - Dicalonkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia 2016 menerusi Filem Love, Supermoon
Darjah kebesaran
Malaysia :
- 2023 -
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)[11]
- 2017 -
Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.)[12]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads