Anuar Abd. Manap

Ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Yang Berhormat Tuan Haji Anuar Abd. Manap (lahir 30 Disember 1976) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADN Pemanis dan sebelum ini merupakan mantan Ahli Parlimen Sekijang selama sepenggal (2013-2018). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

Fakta Segera Yang Berhormat Tuan Haji, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Pemanis ...
Remove ads
Remove ads

Latar Belakang

Beliau dilahirkan di Kg Layang-layang, Kluang, Johor pada 30 Disember 1976. Keluarganya kemudian berpindah ke Felda Pemanis, Segamat, Johor dan beliau dibesarkan disana.

Pendidikan

Anuar mula bersekolah di Sekolah Rendah LKTP Felda Pemanis pada tahun 1982. Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Arab Khairiah Gubah Segamat pada 1988. Pada 1991, beliau meneruskan pengajian tingkatan 4 di Sekolah Menengah Buloh Kasap Segamat.

Pada tahun 1993, beliau memasuki Sal Group Of Collegue untuk kursus Diploma Teknologi Maklumat dan seterusnya ke Charles Sturt University Australia pada tahun 1995 untuk Sarjana Muda Teknologi Maklumat.

Peribadi

Beliau berkahwin dengan Zaleha bt Yahya dan Siti Nurasmah bt Osman dan dikurniakan 4 orang anak.

Ahli Parlimen Sekijang

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Julailey bin Jemadi dengan majoriti sebanyak 3,007 undi. Beliau memperolehi 19,934 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,927 undi[1].

Ahli Dewan Undangan Negeri

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, Anuar Abdul Manap mewakili bertanding di kawasan Pemanis. Beliau menang di kawasan Pemanis dengan majoriti sebanyak 4,187 kertas undi[2].

Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads